Tolong klik iklan ni ckit....hehehe..

Kawan-kawan saya

Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

Sunday, September 04, 2011

~Peti Rahsia(Tabut) Dicari Oleh Yahudi~



Assalamualaikum......



Gambaran tabut oleh Yahudi

Dan Nabi mereka berkata lagi kepada mereka: “sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang mamberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu, jika betul kamu orang-orang yang beriman”.
Surah al-Baqarah ayat: 248

Apabila bani israel dizaman Nabi Daud meminta seorang raja untuk menyatu padukan mereka dan memimpin mereka untuk menghadapi peperangan, Allah memperkenankan doa mereka, Allah jadikan Tolutsebagai raja mereka dengan didatangi oleh malaikat peti Tabut sehingga mereka dapat mengalahkan musuh-musuh mereka. Peti tersebut mempunyai barang peninggalan Nabi Musa, Nabi Harun dan barang-barang orang-orang soleh dari keturunan yahudi. Mereka mendapat ketenangan dengan peti tersebut.

Telah jelas kepada kita bahawa peti tersebut adalah mulia pada sudut sejarah di zaman Nabi Musa dan Nabi Harun, kita tahu sesungguhnya Allah telah menurunkannya pada Nabi Musa yang mengandungi wasiat-wasiat berguna sebagaimana terdapat juga pada kitab Taurat sebagai bukti, dan ketika Nabi Musa mengadap Allah di Bukit Thur Sina, Diantara bahan sejarah tersebut telah diambil oleh musuh yahudi selama tujuh bulan.

Terdapat dalam Taurat menceritakan bahawa Tabut adalah diukir daripada kayu dan emas kerana mengikut perintah Allah, panjang Tabut adalah satu meter atau 1/4 meter sementara lebar 75 sentimeter. Demikian juga tinggi nya. Diriwayatkan Bani Yahudi akan membawa Tabut dibarisan hadapan tentera mereka supaya mendapat kemenangan, mereka mempercayai Tabut akan memberi kemenagan kepada mereka. Terdapat riwayat daripada Nabi Daud yang mengatakan mereka kan mendapat kemenangan apabila mereka kembali memilki Tabut.

Tabut dibawa dibarisan hadapan mereka supaya mendapat kemenangan

Tabut pada pandangan yahudi lebih suci dari segala kitab-kitab suci yang terdapat pada mereka, mereka letakan ditengah khemah dan Nabi Daud akan hadir bersama mereka.

Dan ketika Nabi Sulaiman membina binaan (tempat suci), Nabi Sulaiman meletakkannya di sudut yang paling tinggi, dalam bilik yang tidak berjendela dan dihadapan mihrab mereka percaya Roh Allah akan menjelma pada Tabut, dan ketika runtuhnya tempat suci itu, maka hilanglah Tabut dan terbakar bersama binaan yang telah dibina oleh Nabi Sulaiman. 

Terdapat berbagai kisah tentang Tabut, sehingga terdapat kisah juga yang mengatakan anak nabi Sulaiman, hasil perkahwinan dengan Puteri Balkis telah melarikan Tabut ke Mesir. Kemudian ke Habsyah tetapi yahudi tetap mencari Tabut yang berbentuk kotak kecil diperbuat daripada kayu yang telah berusia paling sedikit 3200 tahun.

Ketaksuban untuk mencari Tabut ini dapat dilihat di dalam filem Hollywood

Kesannya

Setengah daripada kaum yahudi berpendapat Tabut tersimpan dibawah masjid Al-Aqsa. Dimana terdapat juga orang-orang palestin memberi kerjasama mencari Tabut kerana terdapat riwayat seorang lelaki Jordan telah ternampak peti tersebut ditanam satu tempat di Masjid Al-Aqsa. Kaum yahudi akan tetap mencari Peti Tabut tersebut walaupun memakan masa berkurun tetapi untuk membuktikan bahawa mereka adalah kaum yang memihak kepada kebenaran. Sebenarnya mereka sendiri telah terpesong jauh dari hakikat kebenaran, mereka sendiri memutarkan belitkan fakta sejarah. Semua yang yahudi cari, yahudi akan menganggapnya satu perkara yang suci.

Diantara Pencarian yang telah ditemui oleh kaum Yahudi.

Peti Tabut ini mungkan diantara peti rahsia yang tidak sebenar kerana kaum yahudi sendiri telah menipu sesama mereka sehingga sukar mereka menemui peti sebenar.

Apa yang mereka dapati dalam peti ini adalah sedikit batu kesan sejarah dan lain-lain barang yang diperbuat daripada emas.

Pencarian masih lagi dilakukan sekarang ini di bawah masjid Al-Aqsa dan sekitarnya. Ini telah merosakkan struktur asas binaan masjid ini (lihat gambar di bawah). Tetapi malangnya ramai umat Islam yang lena tidur dibuai oleh permainan Yahudi di media massa dan sebagainya.

Di Bawah Masjid Al-Aqsa






Di Dalam Masjid Al-Aqsa





Di Sekitar Masjid Al-Aqsa






gambaran video dalam masjidil aqsa..



Sunday, August 21, 2011

~Bulan Mengelilingi Kaabah???~

"Daripada Dato Mazlan astrology.. Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah .. dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) . Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan .. Mekkah 3.25 pagi , Singapore , Malaysia 8.25 pagi (Sabtu Pagi)..."
Assalamualaikum...


semua orang dengar  cerita seperti diatas ni yang sekarang heboh disebarkan melalui facebook masing-masing.sehinggakan saya sendiri share cerita ni melalui status facebook saye dua malam lepas tanpa mengkaji bende sama ada betulatau tidak.malah ramai juga rakan-rakan facebook lain yang turut share bende ni.selepas saya terbaca tentang cerita ni dekat blog ni Falak Online,terus saya delete status tersebut.klau fikir secara logik pon memang dapat diragui kesahihannya..apapon klau nak kepastian bacalah artikel ni...





Sekali lagi dunia astronomi malaysia digemparkan dengan sebaran cerita seperti di atas!
Tak menang tangan saya dibuatnya untuk menjawab SMS yang diterima sejak awal pagi tadi.
Seperti biasa, rakyat Malaysia suka sangat dengan cerita-cerita mistik dan sensasi seperti di atas.
Apa? Tak betul ke?
Memang la tak betul. Cuba kita tengok satu per satu kenyataan dalam SMS tu..
"Daripada Dato Mazlan astrology"
Jika Dato Mazlan yang dirujukkan ini ialah bekas Pengarah Agensi Angkasa Negara , title "astrology" tu pun dah salah!  Beliau ialah seorang ahli astrofizik. Astrology tu macam cerita nujum pak belalang! Tukang tilik! Tak pernah saya jumpa mana-mana yang mengatakan Dato Mazlan tu ahli nujum!
Dan mempelajari Astrologi adalah haram!
"Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah..dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) "
Oppss!! Bulan mengelilingi Kaabah? Setahu saya Bulan mengelilingi  sebuah jasad bernama planet Bumi, di bawah kesan daya tarikan graviti Bumi. Kaabah berada di atas permukaan Bumi. Ia tidak mempunyai sebarang daya tarikan graviti yang membolehkan Bulan 'mengelilingi'nya.
Tahukah anda, Bulan itu jika 'diletak' atas Bumi, diameternya seluas benua Australia! Bayangkan objek sebesar itu, bergerak-gerak keliling Kaabah? Logik tak?
"Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. " 
Bab ni, saya berpegang kepada ilmu saya yang sedikit ini dan ketika mengikuti pengajian bersama ustaz-ustaz, setiap perkara yang hendak dilakukan itu kena berdasarkan nas-nas yang sahih. Bukan main tangkap serombono je. Oleh itu, bagi penulis yang memula menyebarkan berita ini, sila berikan nas yang menyatakan doa kita makbul ketika bulan mengelilingi kaabah.. silakan, silakan...
"Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. "
Kenapa selepas 10 juta tahun? Di mana kiraan falak yang menunjukkan perkara ini boleh 'berlaku' selepas 10 juta tahun? Kajian siapa? Sumber dari mana?
". Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan ."
Di sini, saya menyeru kepada rakan-rakan dan para pembaca sekalian, supaya berhati-hati apabila menyebarkan berita dan cerita yang tidak pasti kesahihannya, tidak diketahui nas-nasnya, tidak tahu dari mana faktanya. Kerana ia bukan sahaja boleh memberi maklumat yang salah, malah memberi gambaran yang buruk di mata masyarakat lain yang mana umat Islam ini suka sangat berita-berita sensasi, mistik dan tidak tepat faktanya. 
Lain kali baca, baca dan baca dahulu.
Lupakah kita ayat pertama yang diturunkan oleh Malaikat Jibril kepada Rasullullah SAW ialah Iqra, yang membawa maksud "Bacalah!" Di sinilah letaknya nilai ilmu dan kaedah mempelajarinya.

 Rujuk kenyataan dari pihak ANGKASA di sini.


WAALLAHUA'LAM..........


*sumber:http://www.falak-online.net/portalfalak/bulan-keliling-kaabah-pulak-dah

Monday, August 15, 2011

~ISI DALAM KA'ABAH DIDEDAHKAN~

ASSALAMUALAIKUM...


korang baca x paper semalam mengenai pendedahan isi dalam kaabah.benda ni didedahkan oleh satu video yang diupload di youtube dan diamik oleh seseorang ketika orang tersebut memasuki kaabah..setahu aku kita dilarang mengambil gambar didalm kaabah.mungkin orang tersebut mengambil secara curi.dan setahu hanya orang tertentu sahaja boleh masuk ke dalam kaabah contoh kaum kerabat diraja Arab Saudi,pemimpin -pemimpin negara islam dan orang tertentu.klau x salah,mantan pendana menteri kita,Tun Dr Mahathir pun berpeluang memasuki kaabah.walaubagaimanapun,ade juga orang-orang biasa yang mengambil peluang untuk memasuki kaabah itupun ketika acara mencuci dan menukar langsir kaabah.Sebelum ni aku ada dengar cerita yang sape-sape yg memasuki kaabah tidak boleh menceritakan kepada orang lain ape yang diorang nampak.kalau tidak mereka akan ditimpa muusibah seperti menjadi gila.betul ke x waallaua'lam.....

Paparan di dalam video itu hampir menyamai cerita seorang wartawan dari Singapura, Ahmad Mohd. Don. Menurut beliau, keadaan di dalam Kaabah itu gelap. Tidak ada sebarang lampu. Satu-satunya cahaya yang menerangi bahagian dalam Kaabah itu datangnya dari pintu Kaabah yang terbuka.
“Asap kemenyan memenuhi ruang dalam Kaabah itu. Lantainya pula dibasahi air mawar yang mengeluarkan bau semerbak,” kata beliau yang mendapat peluang memasuki Kaabah semasa menunaikan haji di Mekah pada 8 September 1983 atas undangan khas kerajaan Arab Saudi.


VIDEO selama lebih empat minit ini boleh ditonton di YouTube.


Dinding
Tambah Ahmad, hampir di setiap bahagian dinding Kaabah itu, para undangan menunaikan sembahyang sunat dengan khusyuk.
Mereka menghadap tiap bahagian dinding Kaabah. Lantai Kaabah dibuat daripada marmar putih. Begitu juga dindingnya. Pada satu bahagian dinding itu, kelihatan ukiran ayat-ayat suci.
“Terdapat beberapa batang tiang di dalam Kaabah. Besar tiang itu kira-kira satu pemeluk. Pada satu bahagian dinding itu disalut dengan kayu yang berukiran. Mungkin ukiran ayat-ayat suci al-Quran.
“Terdapat juga para yang di atasnya diletakkan beberapa buah cerek yang kelihatan diperbuat daripada tembaga.
“Tidak saya ketahui apakah yang ada dalam cerek itu. Berkemungkinan besar ia berisi air mawar yang digunakan untuk mencuci bahagian dalam Kaabah,” katanya yang cuma menghabiskan masa selama lapan minit di dalamnya bagi memberi peluang kepada tetamu lain yang menunggu giliran untuk memasuki Kaabah.
Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah menjelaskan bahawa tiada apa-apa sekatan dari sudut agama untuk membuat rakaman gambar atau video di dalam Kaabah.
Bahkan, jelas beliau, undang-udang baharu oleh pihak berkuasa Arab Saudi turut membenarkan penggunaan kamera di kawasan Masjidil Haram. Sebelum ini undang-undang negara itu melarang penggunaan alat elektronik tersebut di kawasan Kaabah.
Tambah Daud, orang awam berpeluang memasukinya semasa lawatan pemimpin Arab Saudi mahupun pemimpin negara Islam lain ke Masjidil Haram.
“Pintu Kaabah akan dibuka semasa lawatan pembesar dan juga ketika hari pertukaran kain Kaabah menjelang Hari Raya Aidiladha,” katanya kepada Jurnal.
Daud turut menyangkal dakwaan dan cerita yang menyatakan orang yang mendongak ke bumbung Kaabah selepas memasukinya boleh ditimpa musibah.
Menurut Daud, orang ramai juga boleh melihat replika Kaabah di Muzium Islam Hudaibiyah, Mekah. Ia menyerupai isi kandungan sebenar di dalam Kaabah termasuklah tiga batang tiang dan hiasan ayat-ayat al-Quran.

PINTU Kaabah yang seberat lapan tan diperbuat daripada emas tulen.


Kunci
Hanya terdapat sebuah pintu untuk memasuki Kaabah dan ia dikatakan diperbuat daripada emas tulen seberat lapan tan (8,000 kilogram).
Pintu Kaabah itu pula hanya boleh dibuka oleh pemegang kunci dari Bani Syaibah. Menurut sejarah Islam, apabila Nabi Muhammad SAW meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah dikuasai oleh Bani Syaibah.
Pada tahun ketujuh Hijrah, berlaku perang pembukaan kota Mekah yang dimenangi tentera Islam. Berikutan itu, Saidina Ali diarahkan supaya mengambil kunci itu daripada Bani Syaibah, malangnya pintu Kaabah tidak dapat dibuka walaupun menggunakan anak kunci yang sama.
Anak kunci itu kemudian dipulangkan kepada Bani Syaibah atas perintah Allah menerusi ayat 58, surah An-Nisa’ yang mafhumnya, ‘Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya’.
Pada masa itu, Bani Syaibah belum memeluk Islam. Tindakan Rasullulah memulangkan semula kunci Kaabah itu telah membuka hati ketua Bani Syaibah untuk memeluk Islam diikuti semua pengikutnya.
Keturunan Bani Syaibah telah diamanahkan untuk memegang kunci Kaabah sehingga hari ini...
video yang mendedahkan isi dalam Ka'abah..




*sumber: berita kosmo,youtube

Anda juga mungkin meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...