Tolong klik iklan ni ckit....hehehe..

Kawan-kawan saya

Monday, June 27, 2011

~ Lagu Tuhan dari Wali Band~


marilah kita sama2 menghayati lirik lagu wali band ni yg bertajuk 'Tuhan' dgn mendalam.sama-samalh kita bermuhasabah diri dan berdoa agar Allah swt  terus memberi kekuatan kpd kita dlm menhadapi dunia yg mencabar ini..dan sama-samalah kita terus memohon kpdnya agar tuhan mengampuni dosa2 kita yg lalu...Amin....

lirik ini ialah lirik lagu background lagu blog ini..TQ.

Tuhan dengarkan aku

Ku memohon kepadaMu
Kuangkat tanganku
Kulafaskan lidahku
Menyebut namaMu Tuhan

#
Tuhan lihatlah aku
Kuberserah kepadaMu
Kuletakkan keningku bersujud padaMu
Ampuni dosa-dosaku

Reff:
Tuhanku jangan ambil nyawaku
Sebelum ku dekat denganMu
Tuhanku siapkan duniaku
'Tuk nanti tiba akhiratku

Back to #, Reff

Berapa nikmat yang t'lah Kau beri
Berapa yang t'lah aku ingkari
Masih pantaskah sujudku padaMu
Aku malu aku malu....

Back to Reff

Friday, June 24, 2011

~Masih sucikah hati kita???~


Sucikah lagi hati kita ini...
Bersihkah lagi hati kita ini..
Marilah kita sama-sama baca artikel ini dan bermuhasabah diri........
Dalam kita selalu memperelokkan wajah kita yang sudah cantik dan personaliti kita, pernahkah kita terfikir bagaimana keadaan hati kita?
Hati yang sebenarnya menjadi asas pencernaan personaliti kita. Seperti mafhum hadis Rasululullah saw, di dalam tubuh kita ada seketul daging, sekiranya baiklah daging itu, maka baiklah jasadnya. Dan sekiranya buruk daging itu, maka buruklah jasad itu. Itulah Qalbu (hati). (Au kama qal)
Ya hati. Hati di dalam bahasa arab mempunyai dua perkataan iaitu Fuad dan Qalbu.
Fuad menerangkan makna fizikal hati itu sendiri. Dan Qalbu pula bermaksud berubah-ubah.
Begitulah sifat Qalbu, berubah-ubah. Kadang-kadang kita rasa sayang, kasih dan kadang-kadang kita rasa benci dan dendam.
Semua ini berkaitan dengan iman. Sesungguhnya iman itu boleh bertambah dan berkurang. Sekiranya hati kita bersih, maka baiklah perilaku kita tanpa dipaksa-paksa dan sekiranya kotor hati kita, maka buruklah perangai kita. Dan ianya mampu berubah dalam sekelip mata. Paginya baik, petangnya buruk.
Kalau kita selalu mencuci wajah kita atau badan dengan pelbagai pencuci muka dan losyen mandian, bagaimana dengan hati kita? Bagaimana mahu mencuci? Bila perlu dicuci?
3 Jenis Hati
Sebelum itu mari kita kenal 3 jenis hati. Sediakan 3 gelas, satunya berisi air kosong. Satunya air teh dan yang satu lagi dengan air kopi pekat.
Untuk air kosong, diumpamakan hati yang bersih. Masukkan gula yang diibaratkan sebagai dosa kecil. Adakah nampak gula itu jatuh? Ok, masukkan pula sudu ke dalamnya yang diibaratkan sebahgai dosa besar. Nampak jelas? Ya, kedua-duanya nampak jelas bukan?
Begitulah diibaratkan hati kita yang bersih sekiranya pernah melakukan perbuatan salah, hati kita akan merasa gelisah dan terasa yang dia sudah melakukan dosa. Jelas terasa di hatinya yang dia merasa bersalah. Itulah gambaran hati yang bersih. Mudah sensitif dengan gerak geri laku perbuatannya.
Untuk jenis hati yang kedua, air teh itu diibaratkan sebagai hati yang sakit. Jika dimasukkan gula atau sudu, masih lagi nampak kelibat kedua objek itu namun ianya samar dan kelabu. Begitulah hati kita jika ianya sakit, tidak akan merasakan sensitif terhadap dosa dan kesalahan yang dilakukan. Kita masih sedar kita berbuat kesalahan tetapi menangguhkan taubat atau istighfar.
Dan untuk yang ketiga ialah hati yang mati, wal'iyazu billahi min zalik. Hati yang mati diumpamakan sebagai air kopi yang hitam pekat dan segala objek yang masuk, kita sudah tidak nampak. Apa yang kelihatan ialah hitam sahaja. Itulah hati mati yang sudah berasa halal haram adalah sama dan tiada beza baginya.
Namun, jauh di sudut hati kita, ada sedetik rasa yang kita mahukan kebaikan dalam hidup. Untuk proses pencucian hati ini, sama-samalah kita mulakan dengan istighfar dan mengakui segala kesalahan kita kepada Allah.
Bertaubatlah, kerana sedetik kita mahu kembali ke pangkuan Allah, Allah akan sambut kita dengan kasih sayang-Nya, yakinlah dengan cinta Allah.
Banyakkan berzikir, membaca mathurat, bangun malam, membaca Al-Quran dan berazam untuk berubah. Didik hati kita supaya sentiasa beristighfar dan merendah hati. Diakui hati kadang-kadang sukar dikawal kemahuannya, tetapi selalu berdoa pada Allah agar kita ditetapkan iman. Amin.
Semoga hati kita dapat dibersihkan dan dicuci selalu sehingga mendapat hati yanhg bersih dan jagalah ia selalu.
Anggunnya peribadi kita bermula dengan anggunnya hati kita.
*sumber:iluvislam.com

Saturday, June 18, 2011

~result oh result~

Tanggal 17/06/2011,tibalah ari yg ditunggu2 oleh semua student  degree uitm trmasuklah aku.ari yg penuh debaran..wlaubagaimanapon,penantiannye telah berakhir..walaupun ku xdpt AD ttpi bgiku result itu sudah cukup bagus bagiku..ku amat bersyukur kpd Ilahi kerna result sem ini lebih baik dari sem depan..wlaubagaimanapon, aku tetap berharap dan menunggu utk mendptkan tittle AD itu.bagiku ia tidak mustahil utk ku mencapai anugerah itu.walaupon sesetngh students hanya berharap utk lulus dlm exam trsebut,tp bagiku ia amat penting bagi diriku sebagai perhargaan utk diri sendiri..tp jika tngok kpd result byk bende lg perlu diperbaiki..ku berhrp usahaku akn berterusan lg tuk sem depan..
jika kita gagal hari ini xbermakna kita akn gagal tuk hari esk,
jika kita gagal hari esok xbermakna kita akan gagaltuk hari yg akan datang...
PERCAYALAH PADA DIRI SENDIRI.........

Friday, June 17, 2011

~apabila islam hanya pada IC saje~

Apa sudah jadi???
beberapa ari lepas sebuah akhbar yg selama ini dibela oleh sesetengah orang melayu telah menyiarkan gambar kartun beserta dialog yg telah menguris ramai umat islam.tidak payahlah sy menyembunyikn identiti akhbar trsebut sebab semua orang sudah tahu bahawa itulah 'Utusan Melayu'.Jika sebelum ini,akhbar ini pernah mencetuskan kontoversi dengan memainkan isu perkauman iaitu '1Bumi..sori sy xingat perkataan last.ttpi hal ini telah menimbulkan kemarahan orang cina sehingga ada yg ingin memboikot utusan.slps itu munculah seorang pemimpin kita yg lantang bersuara akan mempertahankan utusan melayu.malah dia dan beberapa 'konco-konco dia' mula bersuara akan melancarkan 'perang salib'.samalah ketika isu kalimah Allah satu ketika dulu,akhbar inilah juga yg berani bersuara konon-kononnya amat sensitif dengan isu ini.ttpi cuba kita lihat ari ni.siapa yg memainkan isu sensitif dan siapa yg menghina agama islam kita yg sebenarnya..jika sblum ini,kita hebat bersuara,hebat berdemo dan hebat berkata2...ttpi sehingga ari ini,tidak muncul batang idung pon orang berkenaan yg selama gah berkata2 ingin membela orang melayu sehingga sangup melancarkan perang salib..siapalah agaknye gerangan org itu...hehehe..bukan itu saje,satu berita pon mengenai isu ini disiarkn di tv.dimanakah tv3??rtm??semuanya tengah sibuk dgn isu 'himpunan bersih',video seks dan berita2 yg jemuh aku mendgrnye....yg lebih menyedihkan lagi kartun ini dilukis sendiri oleh orang melayu kita yg islamnye sejak lahir lagi.kpd pelukis kartun trsebut,nampa k sngat anda hanya islam pada IC saje...dan segeralah bertaubat sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka...
"Saya tidak pasti, apakah kartunis Utusan itu hendak menghina Islam atau hendak menghina pihak tertentu. Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan yang sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam."
 ini adalah petikan kata Dr.Asri Zainul Abidin dlm malaysiakini.com
kepada umat islam,sama-samalah kita berdoa agar kita terhindar daripada perbuatan yg boleh menjatuhkan iman kita.fikirlah baik2 seblum membuat sesuatu..dan ingatlah melayu itu bukan agama kita tetapi islam itu agama kita.dan aplikasikan islam itu dlm kehidupan seharian kita..sesungguhnya islam itu 'Ad-din' iaitu cara hidup kita...WAALLAHU'ALAM.....

Tuesday, June 14, 2011

~Manusia Itu Pelupa~


Assalamualaikum buat pembaca blog semua.....
Sudah mencecah hampir sebulan usia blogku ini. Walaubagaimanapun mungkin ini my first entry yg sy tulis sendiri.Jika sblum ini bnyk artikel yg sy petik dr website2 lain tetapi hanyalah ingin brkongsi dgn anda semua.

'Pelupa' itu adalah salah satu sifat makhluk Allah swt yg bernama 'manusia'.Sifat pelupa ini telah menjadi lumrah dlm hidup seseorang manusia. Jika sblum ini kita pernah mendngr  perkataan 'Melayu mudah lupa',tetapi ketahuilah manusia itu memang pelupa.Malah sifat pelupa adalah antara 15 sifat manusia yg dinyatakan dalam Al Quran Nul Karim:
“Dan apabila manusia itu ditimpa kemudharatan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali kepada-Nya; kemudian apabila Tuhan memberikan nikmat-Nya kepadanya lupalah dia akan kemudharatan yang pernah dia berdoa (kepada Allah) untuk (menghilangkannya) sebelum itu, dan dia mengada-adakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. Katakanlah: “Bersenang-senanglah dengan kekafiranmu itu sementara waktu; sesungguhnya kamu termasuk penghuni neraka.” (Q.S Az-Zumar:8)
 Secara saintifiknya,pelupa juga adalah satu penyakit yg dialami oleh seseorang yg sedang meningkat usianya.inilah dipanggil proses 'aging'.Bagi seorang pelajar ataupu penuntut imu macam saya ni,kita tak boleh lari dari sifat ini.walaupun dah banyak kali kita baca ataupun hafal sesuatu bende yang penting tu contohnya formula ataupun fakta2 penting tp kite still ade ada yang lupa lagi.mlm seblum exam bukan main lagi kite hafal n baca,tp time msuk exam semua kepala dah menghala ke syiling.hahahaha.teringat pula time exam..aduhai result dah nk kuar ni..jgn ckp pasal result ok!!Walaupun ada cara untuk kita menguatkan ingatan ttpi kita harus ingat kita harus ingat kita ni hamba yg lemah.kita hanya boleh merancang tetapi hanya Allah yg menentukan.
walaubagaimanapun,ada sifat pelupa yg kita xsedari ttpi amat berbahaya iaitu kita lupa kpd jasa kedua ibubapa kita dan kita lupa tanggungjawab kita sbgai hamba Allah.Sama-samalah kita doakan harap kita dijauhkan dr sifat pelupa ini...
hahaha kadang2 ku terfikir tentang kekalahan team kelantan dlm final FA cup tempoh ari kpd trngganu,bilalah sifat pelupa ni nk datang kt aku.aku rase2 nk lupa je la final tu!!!hahaha nmpk sngt frust...
wat ever sama-samalah kite doakan agar kite diperkuatakn ingatan especially dlm menuntu imu.
amin.......WAALLAHUA'LAM...

Thursday, June 09, 2011

~Bicara Kata~


Ya  Allah, jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatan untuk menyintaiMu...

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati,
Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh ke dalam jurang cinta nafsu........

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak barpaling daripada
hatiMU.................

Amin Ya Rabbal Alamin...

Anda juga mungkin meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...