Tolong klik iklan ni ckit....hehehe..

Kawan-kawan saya

Friday, November 22, 2013

Tanggungjawab Yang Tak Terlaksana


Assalamualaikum.

    Sudah lama tidak berblogging..buka blog pun jarang-jarang..huhu..jari pula terasa nak menulis di tengah awal pagi buta ni..

  Sekarang aku sudah pun hampir melangkah ke pengakhiran semester ke-7. terasa sekejap masa berlalu. semester ini juga berakhirla jawatanku sebagai biro akademik persatuanku. sudah hampir 4 semester aku memegang jawatan ini. namun terasa kekesalan di hati. terasa diri tidak berjaya memegangnya dengan sempurna.Terasa tanggungjawab itu tidak terlaksana dengan baik. Mungkin disebabkan kekurangan diriku sendiri. Dan aku memang kurang berpengalaman dalam memegang jawatan ni. Maklumlah sebelum ni tak pernah pegang jawatan ape-ape kecuali masa sekolah rendah. Menjadi pengawas di waktu sekolah rendah amat jauh perbezaannya berbanding memegang jawatan dalam sebuah organisasi di universiti.

   Sewaktu di MRSM, aku kagum tengok orang yang memegang jawatan. Bagaimana cekapnya mereka menguruskan sesuatu program itu dan  petahnya mereka bercakap di hadapan. Sungguh aku kagum bila tengok ada kawan yang mampu bercakap di hadapan dengan lancar dan yang mendengarnya juga kagum dengan orang bercakap itu. Kadang-kadang selalu terbisik di hati, "Bila aku nak jadi macam mereka". Namun hanya mampu berbisik dan mengiyakan kekurangan diri. Sampai la di matrikulasi, aku dikelilingi kawan-kawan yang hebat. Ramai yang berpotensi untuk memimpin. Keadaannya tetap sama. Aku hanya mampu takjub dan kagum dengan orang di sekelilingku. Namun bukan kekaguman yang kosong. Aku banyak belajar dari mereka semua. Ku tahu memegang sesuatu jawatan bukan sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi ia adalah sesuatu amanah.

"Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya". (Riwayat Muslim).

  Namun percaya atau tidak, aku diberi jawatan apabila di universiti. Sungguh aku tak sangka diberi kepercayaan seperti ini. Mungkinlah faktor akademik adalah satu faktor aku dipilih, tetapi bila kita diberi kepercayaan untuk memegang sesuatu jawatan bermakna mereka percaya yang kita mampu buat walaupun apa yang kita buat tidak menjangkau "expectation" mereka. Bagi aku, aku sangat bersyukur diberi peluang untuk memegang jawatan ini walaupun apa yang dibuat tak la sehebat mana pun. Tetapi ia adalah satu penghargaan yang tinggi bagi diriku aku. Mungkin di mata orang lain ia nampak kecil tapi bagi aku ia sesuatu yang besar. Pengalaman yang mematangkan diri dan mengasah bakat kepimpinan dalam diriku.

   Namun tidak dinafikan keluarnya suara-suara "rungutan" atau "keluhan" dari diri sendiri seolah-olah menyerah kalah. Aku pernah "stress" dalam mengendalikan sesuatu program namun tidak pernah sesekali timbul rasa kesal kerana bagiku inilah peluangku untuk menimba pengalaman baru.

    Aku mungkin bukan seorang ketua yang bagus namun hanya itulah yang kemampuanku. Memimpin ini mahupun menjadi seorang "leader" bukanlah sesuatu yang senang. Seorang pemimpin ataupun "leader" harus pandai mengarah, mengatur, kreatif, dan mempunyai "softskill" yang tinggi terutamanya apabila bercakap. Aku mungkin seorang yang rajin membuat kerja namun bahagian lain aku mungkin gagal. Walaubagaimanapun aku berterima kasih kepada mereka yang memberi kepercayaan ini dan mereka yang membimbingku juga juga rakan-rakan seperjuangan. Bagi aku lelaki itu memang dilahirkan untuk menjadi pemimpin, namun tidak semuanya mampu untuk menjadi pemimpina atau "leader" dalam sesebuah organisai atau program. Tidak semestinya seseorang yang tidak bagus dalam soal kepimpinan bermakna dia akan gagal dalam memimpin sebuah rumah tangga kerana konteksnya benar-benar berbeza. Moga aku akan menjadi ketua keluarga yang serba boleh suatu hari nanti. Dan moga Allah redha dengan segala apa yang aku buat selama ini. Bukan senang untuk tenang jika setiap hari bermain-main di fikiran tentang tanggungjawab yang belum terlaksana. Sekian itu sahaja buat kali ini.




Anda juga mungkin meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...