Tolong klik iklan ni ckit....hehehe..

Kawan-kawan saya

Friday, November 22, 2013

Tanggungjawab Yang Tak Terlaksana


Assalamualaikum.

    Sudah lama tidak berblogging..buka blog pun jarang-jarang..huhu..jari pula terasa nak menulis di tengah awal pagi buta ni..

  Sekarang aku sudah pun hampir melangkah ke pengakhiran semester ke-7. terasa sekejap masa berlalu. semester ini juga berakhirla jawatanku sebagai biro akademik persatuanku. sudah hampir 4 semester aku memegang jawatan ini. namun terasa kekesalan di hati. terasa diri tidak berjaya memegangnya dengan sempurna.Terasa tanggungjawab itu tidak terlaksana dengan baik. Mungkin disebabkan kekurangan diriku sendiri. Dan aku memang kurang berpengalaman dalam memegang jawatan ni. Maklumlah sebelum ni tak pernah pegang jawatan ape-ape kecuali masa sekolah rendah. Menjadi pengawas di waktu sekolah rendah amat jauh perbezaannya berbanding memegang jawatan dalam sebuah organisasi di universiti.

   Sewaktu di MRSM, aku kagum tengok orang yang memegang jawatan. Bagaimana cekapnya mereka menguruskan sesuatu program itu dan  petahnya mereka bercakap di hadapan. Sungguh aku kagum bila tengok ada kawan yang mampu bercakap di hadapan dengan lancar dan yang mendengarnya juga kagum dengan orang bercakap itu. Kadang-kadang selalu terbisik di hati, "Bila aku nak jadi macam mereka". Namun hanya mampu berbisik dan mengiyakan kekurangan diri. Sampai la di matrikulasi, aku dikelilingi kawan-kawan yang hebat. Ramai yang berpotensi untuk memimpin. Keadaannya tetap sama. Aku hanya mampu takjub dan kagum dengan orang di sekelilingku. Namun bukan kekaguman yang kosong. Aku banyak belajar dari mereka semua. Ku tahu memegang sesuatu jawatan bukan sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi ia adalah sesuatu amanah.

"Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya". (Riwayat Muslim).

  Namun percaya atau tidak, aku diberi jawatan apabila di universiti. Sungguh aku tak sangka diberi kepercayaan seperti ini. Mungkinlah faktor akademik adalah satu faktor aku dipilih, tetapi bila kita diberi kepercayaan untuk memegang sesuatu jawatan bermakna mereka percaya yang kita mampu buat walaupun apa yang kita buat tidak menjangkau "expectation" mereka. Bagi aku, aku sangat bersyukur diberi peluang untuk memegang jawatan ini walaupun apa yang dibuat tak la sehebat mana pun. Tetapi ia adalah satu penghargaan yang tinggi bagi diriku aku. Mungkin di mata orang lain ia nampak kecil tapi bagi aku ia sesuatu yang besar. Pengalaman yang mematangkan diri dan mengasah bakat kepimpinan dalam diriku.

   Namun tidak dinafikan keluarnya suara-suara "rungutan" atau "keluhan" dari diri sendiri seolah-olah menyerah kalah. Aku pernah "stress" dalam mengendalikan sesuatu program namun tidak pernah sesekali timbul rasa kesal kerana bagiku inilah peluangku untuk menimba pengalaman baru.

    Aku mungkin bukan seorang ketua yang bagus namun hanya itulah yang kemampuanku. Memimpin ini mahupun menjadi seorang "leader" bukanlah sesuatu yang senang. Seorang pemimpin ataupun "leader" harus pandai mengarah, mengatur, kreatif, dan mempunyai "softskill" yang tinggi terutamanya apabila bercakap. Aku mungkin seorang yang rajin membuat kerja namun bahagian lain aku mungkin gagal. Walaubagaimanapun aku berterima kasih kepada mereka yang memberi kepercayaan ini dan mereka yang membimbingku juga juga rakan-rakan seperjuangan. Bagi aku lelaki itu memang dilahirkan untuk menjadi pemimpin, namun tidak semuanya mampu untuk menjadi pemimpina atau "leader" dalam sesebuah organisai atau program. Tidak semestinya seseorang yang tidak bagus dalam soal kepimpinan bermakna dia akan gagal dalam memimpin sebuah rumah tangga kerana konteksnya benar-benar berbeza. Moga aku akan menjadi ketua keluarga yang serba boleh suatu hari nanti. Dan moga Allah redha dengan segala apa yang aku buat selama ini. Bukan senang untuk tenang jika setiap hari bermain-main di fikiran tentang tanggungjawab yang belum terlaksana. Sekian itu sahaja buat kali ini.




Tuesday, February 05, 2013

Aduhai Praktikal

assalam.....

aduhai praktikal... baru selesai 2 hari praktikal dekat kedai spek...nak cakap banyak belajar benda baru tak de la..kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain. Tetapi satu benda yang kurang enak didengari semasa praktikal ni..iaitu "money is the 1st priority". kebanyakan optometrist ataupun kedai cermin mata memang lebih mementingkan duit daripada memberi perkhidmatan penjagaan mata yang sebenarnya...mungkin ada alasan pelannggan yang datang tergesa-gesa hendak buat cermin mata. tetapi  alasan tersebut tidak boleh dijadikan halangan untuk memberi memberi perkhidmatan penjagaan mata yang sebenarnya.. Apakah ertinya kalau kita belajar bertahun-tahun dekat universiti tetapi alangkah ruginya kita kalau tak mempraktikkan ilmu yang kita belajar??mungkin aku ni senang bercakap..entah-entah aku pon sama bila bekerja..tetapi kebanyakan orang yang menuntut ilmu susah untuk mengaplikasikan dalam kehidupan hariannya...hmmmm moga-moga aku jauh dari limu yang tidak bermanfaat..bak kata pepatah arab...

"ILMU TANPA AMAL IBARAT POKOK TANPA BUAH"

     Bercerita pasal kedai yang aku praktikal sekarang ni.kedai ni tak ada la mempunyai alat yang mencukupi.dan tak semua assessment dibuat.kebanyakan "customer yang datang pun adalah "regular customer".huhu..aku bukan nak bersungut.tetapi optom selalu je tak ada kat kedai..macam mane la aku nak belajar dan memperbaiki skill aku ni..hmmm rasa-rasa tersalah pilih kedai je..huhu..tapi tak dapat dinafikan optom tu memang baik, sempoi dan senang nak bercakap.cuma dia ada anak kecil yang perlu dijaga.bila ada customer datang staff akan telefon dan dia akan datang lagipun rumah seberang jalan je..huhu..bila dengar kawan-kawan bercerita naik runsing pula aku ni..macam mereka dah banyak belajar benda baru..
tak apalah...sekurang-kurang aku ada gak belajar benda baru..

       Pengalaman tu ada di mana-mana. tak bermakna hanya di satu tempat. dan setiap tempat memberi pengalaman yang berbeza.. sebanyak mana pengalaman yang kita dapat bukan menjadi ukuran utama tetapi sebanyak mana pengalaman itu mampu mengubah diri kita itu yang penting..wallahua'lam

sekian.........



Saturday, February 02, 2013

Maulid Nabi..Adakah itu sunnah???

Assalamualaikum dan selamat malam...





Alhamdulillah dan syukur kepada Ilahi kerana aku masih diberi kesihatan yg baik walaupun mendapat selsema dan sedikit letih disebabkan hari ini adalah hari pertama aku praktikal..huhu.. Dan dikala hujan rahmat  turun membasahi bumi malam ini. Terdetik di hati ingin menulis satu tajuk iaitu berkenann "Maulid Nabi" lebih2 lagi kita baru melepasi tarikh 12 rabiu'awal.iaitu tarikh besar dalam islam iaitu kelahiran junjungan mulia nabi kita iaitu Muhammad S.A.W.. walaupun terdapat bnyk khilaf antara ulama2 mengenai tarikh sebenar kelahiran nabi di mana ade sesetngah pendapat yg mengatakn 9 rabiu'awal dan ada kata 12 rabiu'awal. tetapi itu tidak harus dijadikan perbalahan dalam memrperingati Nabi kita dan ajaran yang dibawa oleh baginda S.A.W.sebelum ini aku sempat menghadiri kuliah "Penghayatan As-sunnah" selama 3 hari berturut2 di Masjid As-syarif Meru,Klang dan selepas tu kuliah maghrib di Surau Al-Furqan,Fasa 2 Puncak Alam yg juga berkaitan tajuk yg sama..

   Tapi aku ingin timbulkan persoalan....
Adakah menyambut maulid nabi itu adalah sunnah ataupun sunat??
Adakah dengan menyambut maulid nabi ini bermakna menandakan kita menyayangi Rasulullah S.A.W??persoalan ini timbul apabila aku mendengr setiap kuliah yg disampaikan oleh penceramah2 yang berbeza tetapi masih lg dalam bersepakatan yg sama..

    Zaman sekarang masih ramai tak tahu apakah yg sebenarnya dimaksudkan dgn sunnah nabi yg sebenanye..termasuk la diri aku sndiri..huhu..jika sebelum ini orang berarakk sejauh berkilometer sambil berselawat ke atas nabi Muhammad S.A.W dan mengatakan mereka benar2 sayang dan cinta akan Rasulullah S.A.W dan mengatakan benda itu adalah sunat...itu adalah benar2 SALAH sama sekalii..kerana tidak ada dalil ataupon hadith sahih yg mengatakan bahawa menyambut maulid nabi itu adalah sunat..lebih takot lg terutama tahun ini yg dikatakan sambutan maulid nabi adalah paling meriah berbanding tahu2 sebelum ini.yg teruk lg sampai ada yg berarak menggunakan basikal ataupon motor. gerun tngok bila sambutan maulid ini diangkat ibarat sambutan merdekaa..dan ada jugak yg menyambut maulid nabi dikubur..Allahuakhbar..memang betul sambutan maulid itu tidak salah dan benda baik dan tak haram kerana tidak ada hadith yg melarang sambutan itu dibuat tetapi mengatakan benda itu sunnah itu yg salahh..tetapi sambutan itu haruslah mengikut panduan yg betul dan penganjur haruslah memastikan penghayatan tentang kehidupan Rasulullah S.A.W betul2 sampai kepada orang ramai.dan janganlah melampaui batas dlm menyambut maulid nabi ini kerana nabi sendiri melarang ummatnya berlebih-lebihan dlm memujinya..ini ada dinyatakn dalam hadith nabi..


“عَنْ عُبَيْدِاللهِ بْنِ عَبْدِاللهِ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ سَمِعَ عُمَرَ رَضِي اللهُ عَنْهُمْ يَقُولُ عَلَى الْمِنْبَرِ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لاَ تُطْرُونِي كَمَا أَطْرَتِ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ فَقُولُوا عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُهُ ”

Dari ‘Ubaidillah bin Abdillah dari Ibnu ‘Abbas, ia mendengar ‘Umar radhiyAllahu ‘anhu berkata di atas mimbar : Aku mendengar Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Janganlah kalian berlebih-lebihan dalam memujiku seperti orang-orang Nasrani berlebih-lebihan dalam memuji putra Maryam. Sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba Allah, maka katakanlah ‘Abdullah (hamba Allah) dan Rasul-Nya” (HR. Al-Bukhari)

dalam hadith lain menyatakan nabi Muhammad S.A.W juga bersabda


“إياكم والغلو، فإنما أهلك من كان قبلكم الغلو”

“Waspadalah dari kalian sikap berlebih-lebihan, karena sesungguhnya sikap berlebih-lebihan itulah yang telah membinasakan orang-orang sebelum kalian” (HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu majah dari Ibnu Abbas radhiyAllahu ‘anhu).


kedua-dua hadith ini jelas melarang ummat nabi Muhammad S.A.W berlebih-lebihan dalam memuji baginda..

teringat satu video dr youtube yg tersebar apabila seorang ustaz dijemput untuk memberi ceramah maulid nabi di sebuah kampung di Perak.tpi sayangnye ceramah ustaz tersebut dipulau dan disuruh berhenti apabila ustaz tersebut ada menegur cara sambutan tersebut..bg aku ustaz itu cuba membetulkan apa yg salah je.tpi itu la sesetengah orang melayu yg masih "low mentality" susah menerima kebenaran..malah kadang2 geram bila ade penceramah ingin membetulkan sesuatu contohnya mengenai sambutan maulid nii ada la kata2 cacian yg keluar dri mulut orng islam sndiri..yg pasti perkataan "Wahabbi" msti akan keluar..huhu..

tngok video ini dan nilai sndiri..bg aku ustaz ni xsalah tetapi bahasanya mgkin agak kasar sedikit tetapi itu adalah niat semata2 ingin memperbetulkan apa yg salah..dan jgn sesekali termakan dgn dakyah syiah yg begitu jelas yg mereka ini sesat dan ulama2 sedunia sudahpun sepakat yg ajaran syiah sudah terkeluar dari islam..



ustaz zaharuddin ada menyatakan antara selawat yg dianjurkan oleh nabi adalah "Selawat Ibrahimiyyah".perbnykkan selawat ini disamping selawat2 lain..tetapi jika kita meninggalkan selawat ini dan melebihkan selawat2 lain sesungguhnya kita dalah orng yang rugi..

Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda - (Hadis Riwayat Muslim.) 



   #akhir sekali jika aku menulis segala diatas ni bukan bermakna aku adalah orang yg tinggi ilmu dalam hal agama tetapi aku cuba menyampaikandan berkongsi ilmu apa yg aku dengar dari orang2 alim yang benar2 berilmu dan boleh dipercayai..harap ini mampu menjadi saham yg baik untuk aku di akhirat kelak..walaahua'lam.


sekian....


Sunday, January 20, 2013

~Aku Budak Kampung~

Alhamdulillah..

setelah sekian lama menyepi dari dunia blog..disebabkn kekangan masa dan kekeringan idea, agak lama aku "stop" dari membuat coretan ataupun berkongsi artikel di blog ini.. kini,exam telah pun habis dan perlahan-lahan aku cuba untuk menghidupkan kembali blog ini..huhuhu..Ape yg baru kat blog ni???

erkkk..xde ape yg baru kt blog ni..cuma nama je yang baru..kuikuikui..dah brape bnyk nama blog aku letak dan asyik tukar je..hahaha..

"Belog Aku Budak Kampung"

aku sengaja pilih nama ini untuk mengingat kembali zaman aku kecik2 dulu..mengingatkan aku dari mana aku berasal.huhuhu..bila teringat kembali zaman kecik2 di kampung dulu, datang perasaan sedih dalam hati ni.huhuhu.. betapa seronoknya zaman budak2. tak payah fikir pasal masalah2..yang tahu main je.huhu. sungai,bendang,hutan nipah dan padang bola ialah tempat aku bermain dulu..rindu suasana tu..huhuhu..

bila difikirkan aku dulu "ibarat katak dibawah tempurung" masa dekat kampung..tak banyak tahu pasal dunia luar..buta IT,komputer,handset,PS n segala bagai gajet-gajet teknologi tu..masa tu xde lak rasa malu sebab antara kawan-kawan dkt kampung sama macam aku..huhu..tapi bila sekolah menengah kat bandar timbul perasaan malu dan segan..semua budak bercakap pasal PC,PS,P Xbox...entah benda la dorang ckp time tuuu..huhu..terms2 mcm ni aku pon xpenah dngar masa kat kampung..huhuhu..hilir sngattttt!!!nilah yg membuat aku pendiam ckit dulu time sekolah menengah..ye la..aku xpenah terdedah benda2 mcm tu..hatta main komputer pon xreti nak tekan..huhu..lagi2 hndset..rasa kecilnya dunia yang aku huni ketika ituuu..hmmmm..



ok laaaa..setakat ini je la aku mampu tulis dulu..this is my first starting point..lepas2 ni insyaallah aku akan rajin2 menuliss.hehehe..harap-harap ni la last aku tukar nama blog aku..huhuhu..


sekian..



Anda juga mungkin meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...