Tolong klik iklan ni ckit....hehehe..

Kawan-kawan saya

Wednesday, June 06, 2012

~Muhasabah Diri~


 Aku Bukanlah Insan Yang Baik..
Malah aku tak pernah menganggap diriku seorang yang baik..
Dan tidak sama sekali pernah menyuruh orang lain menganggap aku seorang yang baik...
Siapakah yang tak nak menjadi insan yang baik...
Siapakah yang tahu yang dirinya seorang yang baik...
Betapa susahnya hendak menilai diri sendiri apatah lagi menilai diri orang lain..
Sesungguhnya Allah itu lebih berhak dan pandai  dalam menilai hamba-hambanya..
Tak semestinya benda yang kita suka Allah suka..
Dan tak semestinya benda yang kita tak suka Allah tak suka..
Berbaliklah kepadaNya dalam segala hal..
Sesungguhnya Dia Lagi Maha Mengetahui akan segala-galanya..


aku pernah buat silap..dan aku pernah buat dosa...dan aku insan yang lemah..aku tetap diriku..bergerak ke arah yang lebih baik itu adalah jalan yang terbaik dan...JADI DIRI SENDIRI ITU LAGI BAIK..
"TRUST IN ALLAH IN EVERYTHING"  



SEKIAN...




Friday, March 30, 2012

~Indahnya Hidup Tanpa Buruk Sangka~






Rasulullah S.A.W. bersabda yang mafhumnya :
"Amat menakjubkan sikap seorang Mukmin yang sentiasa memandang baik terhadap segala sesuatu yang berada di persekitarannya. Sikap ini sebenarnya tidak pernah wujud pada umat yang lain kecuali kepada golongan Mukmin. Apabila seseorang Mukmin itu memperoleh kebaikan, dia langsung bersyukur kepada Allah dan itu adalah baik baginya. Jika dia ditimpa keburukan, maka dia pun bersabar menghadapinya dan ini pun baik baginya ". (HR Muslim)

sentiasa berprasangka baik dengan Allah s.w.t..
sentiasa berprasangka baik dengan manusia di sekeliling kita..
sesunguhnya ia mampu memberi ketenangan hidup kepada insan yg sentiasa berprasangka baik..aku sentiasa cuba untuk berprasangka baik terhadap manusia diselilingku.walaubagaimanapun,aku jugak tdk terlepas dri berprasangka buruk terhadap orang..sesungguhnya aku hanya insan biasa..tetapi aku cuba untuk berprasangka baik..sesungguhnya berprasangka buruk itu sifat yg tercela...
Daripada Abu Hurairah, NABI SAW bersabda : “ Berhati-hatilah kamu daripada berperasangka, kerana prasangka adalah sebohong-bohong ucapan. “ ( Muttafaqun Alaih )

************************************************************************************************************

apa yang membuat anda benar tidak akan membuat anda salah.sebaliknya, apa yang membuat anda salah tidak akan membuat anda benar.

jika keyakinan tersebut tertanam kuat pada jiwa anda dan kukuh bersemayam dalam hati anda maka setiap bencana akan menjadi kurnia,setiap ujian menjadi anugerah dan setiap peristiwa menjadi penghargaan dan pahala.

jangan dibiarkan diri anda larut dalam kesedihan..jangan mengira diri anda sanggup melakukan segala upaya untuk menahan tembok yang akan runtuh,membendung air yang akan meluap,menahan angin agar tidak bertiup atau memelihara kaca agar tidak pecah..adalah tidak benar apabila semua itu dapat terjadi dengan paksaanku dan paksaanmu,kerana apa yang telah digariskan akan terjadi,setiap ketentuan akan berjalan dan semua keputusan akan terlaksana..

sentiasa berprasangka terhadapNya..terimalah qadak dan qadarNya....


petikan dari buku La Tahzan(Dr 'Aidh Al Qarni)
************************************************************************************************************

sekian.....

Wednesday, March 28, 2012

~Mencari Sahabat Sejati~



Sahabat sejati....


susahnya mencari sahabat yang benar2 sejati walaupun seorang..sahabat yang sentiasa bersama kita disaat kita susah ataupun senang.sahabat yang boleh membawa kita lebih dekat denganNya.bagiku mencari sahabat sejati lagi susah dari mencari harta karun yang hilang.darjat seorang sahabat itu lebih tinggi dari darjat seorang kawan.kawan memang senang dicari..dan kadang2 kawan boleh menjadi lawan.tetapi sahabat...saat pertama kali kita mengikat sebuah persahabatan maka kita akan selama-lamanya tetap bersahabat.seorang sahabat akan cuba mengelak dari menyakiti hati sahabatnya yg lain.seorang sahabat tidak akan membiarkan sahabatnya berada dalam kesedihan ataupun kemurungan..inilah sahabat yg benar2 sejati..moga aku akan dipertemukan sahabat yg benar2 sejati..amenn =)

ikuti nasihat dari Imam Syafiee dlm mencari sahabat...











Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku
mencintai sanak saudaraku.  
Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga 
nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. 
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak  luntur baik 
dalam  keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan
selalu setia padanya. 
Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang.  
Semakin  ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya 
diri. 
Mencari sahabat pada waktu susah 
Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. 
Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka 
melanda, aku sering bertanya: "Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?"  
Pada waktu  aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila
giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan. 
Pasang surut persahabatan 
Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang  lain ketika nasibku sedang  baik.  


Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda
zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.  
Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku
sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.  

Jika hidupku berlumur kebahagiaan,  banyak orang iri hati, jika hidupku 
berselimut  derita mereka bersorak sorai. 
Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.
Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri 
daripada aku harus bergaul dengan orang jahat. 
Sukarnya mencari sahabat sejati 
Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. 
Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya.
Peliharalah cintamu  terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya. 
Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati.  
Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit. 
Sahabat sejati pada waktu susah 
Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. 
Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.


sekian...



Tuesday, March 27, 2012

~Seorang Daiekah Aku?~

Diriku ini tersangat tidak sempurna,
Rasanya baru tersekian diriku terasa,
Kerana tingkah hambamu disana,
Seorang daie kah aku?
Mencari pahala mentarbiyah manusia.
Begitu mudah hati ni merasa,
Tersentuh tatkala kemahuan diri tidak dituruti sama,
Bukankah menjadi seorang da'ie itu perlu bermujahadah,
Itsar sebagai senjata utama kekuatan ukhuwah.
Namun diriku bukan begitu,
Masih ada karat jahiliyah yang bersisa dalam jiwa,
Belum! Belum cukup hebat diriku,
Hati ku belum mampu ku sucikan seperti sesucinya hati kekasihMu.

Sukar sekali menerima ketentuanNya terhadapku,
Mungkin belum cukup tarbiyah pada diri,
Sehingga perasaan cinta dunia masih menebal dalam diri,
Di manakah silapnya pentarbiyahanku?
Memang aku bukan rijal hebat atau lelaki luar biasa,
Memacu kuda dimedan dakwahNya,
Apalagi untuk digelarkan mujahid,
Yang amat jauh untuk aku mengapainya!
Akan dengan secebis ilmu,
Ku ingin berkongsi akan indahnya keagunganMu.
Mengenang murabbi kita mendidik kita,
Dengan kesungguhan dan kebijaksanaan mereka,
Aku bangga, biar syukur sahaja datang bertamu,
Dan kekuatan muncul untuk meneruskan pentarbiyahanku,
Disisi Allah aku pasrah akan segalanya,
Dan syurga itu adalah ganjaran RahmatNya buat pejuangNya.

*sumber: iluvislam.com

********************************************************************************************************
YA ALLAH...
BERIKANLAH AKU KEKUATAN UNTUK MEMBAIKI DIRI..
KEKUATAN DALAM MELAWAN NAFSUKU..
DAN ISTIQAMAH UNTUK MENJADI LEBIH BAIK...=)

SEKIAN...



Saturday, March 24, 2012

Betulkah Ape Yg aku buat????


Ya Allah......
betulkah ape yg aku lakukan ini...
perbetulkanlah hatiku..
lindungilah diriku ini..
sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui...

Wednesday, February 22, 2012

~ALHAMDULILLAH~


tanggal 22/02/2012.tarikh yg ditunggu oleh semua student ijazah Uitm.tarikh kuarnye result exam final sem 3..huhuhu..trmasuklah aku..ALHAMDULILLAH..tiada kata yg dpt aku lafazakn melainkn ucapan ini ke atasNya. walaupon dengan berkat usaha,tawakkal dan doaku, tanpa perkenan drNya aku xkan dapat result yg seperti ini.selepas 3 sem ku cuba akhirnya berjaya sem yg ke-3.ku harap ini bukanlah ISTIDRAJ dr Allah s.w.t tetapi anugerah yg dikuniakan untukku..
  Ya Allah,
Jauhkanlah daku dari sifat riak dan bongkak,
Jauhkan daku dari sifat2 yg boleh melalaikan aku diatas anugerahMu ini ,
Hanya Engkau yg Maha Mengetahui segala-galanya.





 sekian..

 

Tuesday, January 24, 2012

~Bacelah..Sekadar Perkongsian~



Assalamualaikum..

bagiku memang tiada istilah "couple sebelum kahwin" dalam islam..
tapi bagaimana dengan "cinta sebelum kahwin"??
adakah kedua-dua istilah ini sama..
bagiku ia membawa maksud yang berlainan.salahkah kita bercinta atau menyukai sesorang yg kita nak jadikan seorang isteri atau suami??memang setiap orang akan memberi pendapat yang berbeza..malah majoritinye akan memberi pendapat yang negatif...
bagiku ia tidak salah jika kita benar2 ingin menjadikannye teman hidup kita.selagi kita dapat menahan nafsu dan selagi ia tidak lari dari landasan yang sebenar. jodoh itu ketentuan Allah s.w.t..ya,itu memang betul.tiada satu pon manusia yang tahu siapakah jodohnya yang sebenar.
tetapi kita kena ingat kita boleh memohon dan berdoa akan dipertemukan jodohnya dengan orang yg kita cinta.dan mungkin orang yang kita suka atau cinta itu adalah jodoh sebenar kita.aku memang kurang arif pasal bende2 mcm ni dan aku takut jika tersilap cakap mengenai isu-isu agama ni..apa yang aku mampu ialah berkongsi penulisan orang lain..
bacalah artikel ni seelok-eloknya dan  pandai-pandailah menilainya...

YA ALLAH..


***************************************************************************************************************

Cinta Sebelum Kahwin Itu Ada. Halal.

Cinta. Rata-rata masyarakat melayu, mereka yang berkecimpung dalam gerakan dakwah, juga mereka yang berada dalam golongan ‘baik’ dan ‘bertatasusila’, apabila disebut berkenaan cinta sebelum kahwin, akan memandang negatif. Cinta sebelum kahwin kelihatan kotor dan menjijikkan. Cinta sebelum kahwin kelihatan merosakkan.

                Dan pandangan ini mendatangkan 1001 permasalahan kepada perjalanan cinta yang baik dalam kalangan muda-mudi khususnya, juga masyarakat amnya.


Definisi Cinta Kita, Ambil Daripada Mana?

Bila disebut cinta, apakah yang kita nampak dan faham?

                Jika disebutkan cinta kepada saya, saya memahaminya sebagai ‘untuk bersama ke syurgaNya’. Tiada lain. Untuk saya, ‘apa-apa sahaja yang membawa kepada neraka Allah SWT’ itu bukan cinta. Definisi cinta inilah yang saya pakai, dan saya kira, kita semua patut lihat bahawa inilah dia cinta. Kerana, apabila kita menyatakan bahawa kita kasih, kita sayang kepada seseorang, adalah amat mustahil kita hendak mencederakannya, menyakitkannya, melukakannya. Semestinya kita mahu memberikan yang terbaik kepadanya. Maka apakah ‘terbaik’ yang sebenarnya selain syurga Allah SWT?

                Tetapi saya melihat, definisi ini tidak dikongsikan oleh kebanyakan masyarakat.

                Rata-rata memandang bahawa cinta adalah hubungan intim antara lelaki dan perempuan. Cinta mesti ada kaitannya dengan melalaikan, mengasyikkan. Cinta dengan seks tidak dipisahkan. Cinta mesti ada pegang-pegang tangan, keluar bersama, berdua-duaan, mengucap kalimat-kalimat jiwang, angau dan sebagainya.

                Ya. Itu pandangan kebanyakan apabila disebut berkenaan cinta.

                Kerana itu, apabila disebut ‘cinta sebelum kahwin’, kelihatannya tersangat ‘taboo’. Akhirnya muncul lah ajaran-ajaran bahawa ‘cinta selepas kahwin’ lebih membawa berkat dan sebagainya. ‘Cinta sebelum kahwin’ adalah haram dan sebagainya. Begitulah.

                Sebenarnya, definisi cinta yang dipegang oleh masyarakat ini, datangnya daripada mana?

                Mudah saya ungkapkan, ini semua adalah daripada cinta yang ditunjukkan di dalam Hollywood. Cinta lelaki perempuan, dengan ciuman, dengan keluar berdua-duaan, dengan sentuhan, dengan seks, tanpa mengira batas agama dan tatatertib kesopanan masyarakat.

                Ya. Kita nampak cinta dengan definisi itu.
                Sebab itu akhirnya, cinta kelihatan jijik untuk dibicarakan.
                Cinta diharamkan sebelum perkahwinan.
                Sedangkan, cinta hanyalah mangsa keadaan.
                Manusia itu sendiri yang perlu memperbetulkan pandangan.

Apabila Cinta Silap Dipandang.

Apabila kita silap mendefinisikan cinta, maka silaplah kita akan cara melayannya.

                Kesilapan ini membawa kepada larangan terhadap remaja untuk mempelajari cinta yang sebenar.

                “Hish, kecik-kecik dah gatal!”

                Akhirnya, dek kerana tidak mendapat pendidikan cinta yang sebenar, pendefinisian cinta yang sebenar, anak-anak menuruti orang-orang tua yang menggunakan definisi cinta hollywood, lantas menterjemahkan cinta sedemikian rupa. Kerana itu, ‘cycle’ ini tidak dapat kita pecahkan.

                Kesilapan ini juga membawa kepada terbukanya maksiat.

                “Mak, rasanya saya ni perlu dah kahwin.”
                “Hang budak lagi. Belajar dulu.”

                Sedangkan, sepatutnya itulah peluang ibu bapa mulakan perbincangan yang baik kepada anak-anaknya berkenaan cinta dan rumahtangga. Bukan dijawab sambil lewa sedemikian rupa. Dengan jawapan sedemikian, sang anak memberontak dan akhirnya mengambil jalan sendiri dalam bercinta. Yang mana kita sedia maklum, kebanyakannya tidak berakhir dengan baik, dan merentas jalan-jalan yang Allah murkai.

                Kesilapan ini juga membawa kepada kesukaran terhadap perkara yang sebenarnya mudah.

                “Awk, sya rsa kta kne bncang bnda ni guna mlut. Ckp.”
                “Gna email or sms je bleh x?Sbb nak jga dari zna hati.”
                -----------------------------------------------------------
                Perbualan di atas ini adalah SMS
                ------------------------------------------------------------

                Dan akhirnya, perbincangan yang sepatutnya mudah, menjadi susah dengan pelbagai interprestasi. Tulisan yang tidak bernada, membawa pelbagai spekulasi menjadikan perbincangan yang sepatutnya lancar, menjadi berjela-jela, dan membuatkan keputusan yang patut boleh didapatkan, bertukar menjadi perbalahan. Akhirnya ini merosakkan hubungan kedua-dua pasangan yang ingin mendirikan perkahwinan.

                “Awak, janganlah tinggalkan saya, saya cintakan awak!”
                “Awak, apa bukti awak cintakan saya?”
                “Saya sanggup serah segala-galanya kepada awak.”
                Diikuti dengan ciuman berahi, dan selepas itu hubungan seks.

                Iya. Itu satu lagi contoh lain apabila silap mendefinisikan cinta.

                Dan jika ingin saya berikan contoh, saya boleh berikan pelbagai lagi contoh akan ‘flaw’ atau ‘kecacatan’ apabila kita silap mendefinsikan cinta. Perlahan-lahan, ini membawa kepada kerosakan dan keruntuhan di dalam masyarakat.

                Kumpulan yang ‘mengharamkan cinta sebelum kahwin’ dengan membuta tuli, tanpa pembetulan dalam pendefinisian cinta, tanpa usaha membersihkan cinta yang sebenar, hanya akan membawa kerosakan. Saya tidak memandang bahawa manusia perlu kepada ayat: “Cinta sebelum kahwin itu HARAM!”, tetapi saya memandang secara positif bahawa, yang manusia perlukan sebenarnya adalah ayat: “Cinta yang sebenarnya adalah begini dan begini. Jika ingin bercinta, begini dan begini caranya.”

Remaja, Veteran, Perlu Memegang Definisi Cinta Yang Betul.

Pada saya, baik remaja dan veteran, kedua-duanya perlu memegang definisi cinta yang sebenar.

                Cinta, kalau benar cinta, mesti hendak bersama ke syurgaNya.
                Apa-apa yang membawa ke nerakaNya, itu bukan cinta.

                Maka semestinya apabila kita bicarakan akan ‘cinta sebelum kahwin’, perkara-perkara yang melanggar syariat itu semestinya tiada. Cinta sebelum kahwin yang sebenar bukanlah couple, bukanlah sesuatu yang membawa kepada kelalaian, bukanlah sesuatu yang merosakkan. Cinta sebelum kahwin yang sebenar pada saya adalah persediaan diri, persiapan emosi, peningkatan kematangan, pemantapan ibadah dan usaha untuk mempersiapkan diri dalam hal kewangan. Itulah dia cinta sebelum berkahwin.

                Orang yang benar cinta akan pasangannya, akan mempersiapkan diri. Akan meletakkan target, bila hendak berkahwin. Orang yang benar cinta akan pasangannya, akan berta’aruf dan merapatkan diri dengan ayah dan ibu bakal isterinya.

                Veteran yang memahami makna cinta yang sebenar, akan berjaya membawa urusan perkahwinan anak-anaknya ke arah yang selamat dan diberkati oleh Allah SWT. Anak-anak mereka akan terdidik dengan cinta yang sebenar, lantas menjauhi cinta yang rosak dan palsu. Anak-anak mereka akan rasa indah dengan keluasan Islam dan rasa berpuas hati duduk di dalam agama yang menjaga serta memandu fitrah manusia.

                Remaja yang memahami makna cinta yang sebenar pula, tidak akan terburu-buru dalam urusan perasaan. Kerana hakikat cinta yang sebenar adalah ianya dipandu oleh keimanan. Maka tidaklah mudah dia meluahkan rasa cinta, tidaklah dia mudah hendak terjatuh hati di sini dan sana. Dan apabila dia jatuh cinta, dia akan mengambil jalan yang benar. Malunya bertempat, dan berpada-pada. Dia akan menyegerakannya, dan dalam penyegeraannya itu, dia berjaga-jaga.

                Untuk saya, inilah dia yang sepatutnya kita ada.

Penutup: Cinta Sebelum Kahwin, Ada. Halal. Dengan Definisi Saya.
Cinta sebelum kahwin itu ada. Halal. Dengan definisi saya.

                Cinta itu pada saya mahal, dan tinggi harganya. Cinta itu pada saya membina, dan mustahil merosakkan jiwa. Cinta menjadikan seseorang itu matang, berfikiran jauh, bertanggungjawab, dan berusaha mempersiapkan dirinya. Cinta itu pada saya suci, bersih dan membersihkan pula jiwa-jiwa yang menghargainya.

                Silap mendefinisikan cinta, kita akan bersalah kepada yang tidak sepatutnya.
                Kita akan menyukarkan mereka yang tidak sepatutnya kita sukarkan.
                Kita akan mempermudahkan mereka yang tidak sepatutnya kita permudahkan.
                Islam adalah agama yang bukan mengharamkan fitrah. Tetapi mengawalnya.

                Maka bagaimanakah cinta itu boleh dikatakan haram? Sedang cinta itu adalah antara fitrah yang utama. Sebelum berkahwin, selepas berkahwin. Halal. Tinggal bagaimana kita mendefinisikan cinta itu yang membezakan.

Maka yang sepatutnya kita lakukan adalah membersihkan cinta.
Bukan mengharamkannya. Mengharamkannya, hanya akan membawa kepada 1001 lagi kerosakan kepada masyarakat kita.


untuk penerangan lebih lanjut lagi bacelah juga artikel ini dari website Dr MAZA

Apakah Terlarang Bercinta Sebelum Kahwin?



*sumber:-Hilal Asyraf
              -Dr MAZA

*jangan cepat menjatuhkan sesuatu hukum tanpa berpandukan nas-nas yang sebenar dan pendapat orang yang lebih arif tentang perkara tersebut..

sekian..


Saturday, January 21, 2012

~aku menyesal~


dari tahun 1 ke tahun 6..
dari form 1 ke form 3..

dari form 4 ke form 5..
dari matrik hingglah kini UNIVERSITI..
inilah perjalanan hidupku sepanjang ku bergelar seorang penunutut ilmu..
5 tempat yang berbeza..
dari SK Che Latiff ke SIC..
dari SIC ke MRSM Kota Putra..
dari mrsm ke Kolej MARA Kulim..
dari kolej MARA Kulim ke Uitm Puncak Alam..
14 tahun semua ini telah berlalu,
dan kini hanya tinggal 2 tahun lebih sebelum aku melangkah ke alam pekerjaan,
14 tahun memang lama tp bile dipikirkn balik bagiku 14 tahun begitu singkat sekali..
begitulah dunia akhir zaman sekarang.mase bergerak laju sekali meninggalkan ku lemas dlm duniaku sendiri..
sepanjang 14 tahun ni banyak kenangan manis ataupun pahit telah kusimpan..
sesungguhnya zaman sekolah rendahku memang menyeronokkan..huhuhu..
tidak perlu pikir pasal assingment yg memeningkn kepala.apa yg aku tahu mase tu adalah 'main','main' dan 'main'..
zaman kecik..huhuhu

tetapi sayang sekali aku tidak pandai menghargai zaman sekolahku,banyak kenangan yg tidak ku kutip,banyak memori yang tidak sempat ku rakam..sesungguhnye aku betul2 menyesal..

tetapi zaman matrikku banyak menyedarkan aku tentang banyak perkara..dengan suasana islamik yg dihidupkan oleh kawan2 yg datang dri sekolah agama..aku terase ku turut kene tempiasnye.dengan suasana usrah dan ceramah yg aktif banyak mendidik dan mengajar diriku yang  kita menuntut ilmu bukan semata2 mengejar pointer,tetapi harus diimbangkan dengan benda mcm ni..mase time ni,aku memang rapat dengan kawan2 yg terlibat dengan bende2 dakwah mcm ni..smpai diriku terdidik tuk selalu pegi surau dan ceramah..
inilah matrikku..Kolej MARA Kulim

tetapi masaku disini begitu singkat skali...huhuhu..sampai sekarang ak masih rindukan zaman matrikku..rindukan budak2 dorm AKUR.ridukan kawan sepermainan.huhuhu..dan juga rindukan cikgu2 ku..
bersama cikgu mazian

bersama kawan2 sekuliah


pesan cikgu mazian akan ku sentiasa ingat..

Ingatlah,

Perjalanan anda masih jauh,

Banyak cabaran yang bakal ditempuh,

Oleh itu, kekuatan anda adalah paling utama.

Lakukan yang terbaik,

Menurut lunas agama dan undang-undang.

Dalam mengejar masa depan,

Carilah yang diredhai Allah.

Bukan wang ringgit yang utama,

Tetapi keredhaan dan keberkatan Allah

Adalah paling utama,

Untuk keredhaan Allah,

Pastikan restu ayah bonda diperolehi.

Dalam melakukan sesuatu,

Permudahkan orang lain,

Insyaalah Allah akan permudahkan kita

Buat dengan penuh keikhlasan

Dan terima sesuatu dengan penuh keikhlasan

Insyaalah diberkati

Terima kekurangan orang lain dengan seadanya

Syukur atas nikmat dan kelebihan yang tuhan anugerahkan

Doa saya sentiasa bersama anda

Selamat berjaya dalam peperiksaan nanti

Dan seterusnya selamat menempuh dunia

Yang lebih mencabar

Kejayaan anda adalah kejayaan saya juga

Renung dan fikirkan kata-kata ini

Carbon,

Bila menjadi arang,

Hitam legam tidak menarik,

Tetapi memanas membakar untuk semua

Bila menjadi grafit,

Licin mulus,

Berjasa untuk anak-anak

Bila menjadi intan,

Bercahaya, cantik dan disanjung

Mahal harganya dan tinggi nilainya

Kalau kita tak mampu untul menjadi seketul garam

Yang akan memasin dan mengawet seekor ikan

Janganlah kita menjadi seekor lalat

Yang akan membusukkan ikan tersebut

TERIMA KASIH....


sekian,

terima kasih...



Thursday, January 12, 2012

~aku bangga dengan dunia aku~


 sesungguhnya kehidupan ini memang memeritkan,

kadang-kadang terasa kehidupan ini memang tidak adil,
tetapi inilah lumrah kehidupan bagi seseorang yang tiggal di muka bumi Allah ini,
ku mengerti tiada yang senang dalam mengejar sebuah kesenangan,
dan hanya ada kesusahan yang perlu diredah dan dirasai agar diri ini mengerti
dan tidak leka dengan dalam kesenangan yang dimiliki,
diriku mengerti bahawa hidup ini tak sesusah orang lain kerana ada yang lagi susah dariku,
diriku juga mengerti hidup ini tak sesenang orang lain kerana ku tahu kesenangan akan datang selepas kesusahan,
apa yang ku tahu,
aku bangga dengan kehidupanku,
aku bangga dengan diriku,
kerana kesusahan ini mengajarku erti kedewasaan,
kerana keperitan ini mengajarku erti berdikari,
kerana semua ini inilah diriku hari ini,
namun kehidupan dihadapan masih berbatu dan berliku..
 dan diriku mengerti,

masih banyak yang perlu dipelajari,
masih banyak halangan yang perlu dihadapi,
namun ku juga mengerti,

KEJAYAAN sedang menanti dihadapan,
diringi dengan KESENANGAN dan KEBAHAGIAN...


dan aku akan sentiasa ingat....

 DIA akan sentiasa bersamaku...


sekian.......


Anda juga mungkin meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...