Tolong klik iklan ni ckit....hehehe..

Kawan-kawan saya

Saturday, August 27, 2011

~Riang Ria Raye~

Assalamualaikum..


tiga ari lagi insyaallah kita akan menyambut Hari Raye Eidulfitri..selepas hampir sebulan umat islam berpuasa dan menahan segala dugaan dan cubaan yang datang,di bulan inilah umat islam meraikan kemenangan mereka.semestinya bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah pasti dirindui oleh umat islam.sama-samalah kita berdoa agar kita dapat dipertemukan lagi dengan ramadhan pada tahun hadapan.
"Ya Allah,Engkau panjangkan umur kami dan pertemukanlah kami dengan Ramadhan yang seterusnya.Engkau kekalkanlah semangat beribadat dalam bulan Ramadhan ini dalam diri kami.Dan Engkau hindarilah diri kami dari melakukan maksiat dan berilah kekuatan kepada kami untuk menempuh dugaan dalam bulan-bulan lain seperti mana Engkau beri kekuatan kepada kami dalam bulan Ramadhan ini"


Amin.....
**********************************************************************************

di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat ari raya kepada semua sahabat bloggers sama ada mengenali saya atau pun tidak.

                         SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ... MAAF ZAHIR & BATIN
*sila klik kat gambar ni untuk lebih jelas.edit guna photoscape dan photoshop
HAHAHA..susah jugak nak mengedit gambar ni..nilah hasilku lepas bertungkus lumus tuk nak menyiapkannya..

Yang Benar,


Wednesday, August 24, 2011

~FC Vion Pinjam Player Malaysia~

Assalamualaikum...




ni first entri aku pasal bola.ni mengenai 3 player harimau muda A yg ada ura-ura akan dipinjamkan ke salah sebuah kelab slovakia.mereka ialah Wan Zack Haikal Wan Noor,Mohd Irfan Fazail dan Mohd Fadhli Mohd Shas.kelab yang dikatakan berminat dengan mereka ialah FC Vion.

kelab ni ckrang ni bermain di Liga Corgon.liga paling tinggi sekali di Slovakia.kelab  ni pon pernah memenangi Slovak Cup pada tahun 2007.malah,kelab  ni pon pernah  masuk Europa League qualification..nak cakap cni kelab ni pon 'class' la jugak wlpon x se'class' kelab EPL tu.klau sebelum ni,dua player senior negara kita,iaitu safee sali,badrol bakhtiar n wan zack haikal sendiri dari Harimau Muda A digembar-gemburkan dikaitkan dengan kelab luar,tpi sampai ckrng belum ada lagi tawaran dari kelab tersebut.walau apa2 pon,gud luck untuk mereka bertiga dan selamat menimba pengalaman baru.sesungguhnya mereka mampu bersaing dengan player2 luar.aku tengok dorang main pon buleh tahan.especially wan zack haikal..
wan zack haikal

terkejut juga bila aku tengok kt wikipedia sal kelab ni.dalam current squad list,dah ada nama dorang.so,memang conform dorang jadi dipinjam ke kelab tu.tengok kat cni http://en.wikipedia.org/wiki/FC_ViOn_Zlat%C3%A9_Moravce



tapi aku terkejut juga yang si Fadli Shas pon turut dipinjam ke kelab tersebut.jika sebelum ni,dia dikritik hebat selepas malaysia kalah nga singapura ari tu dalam qualification worl cup,dan ckrng tiba masenye untuk dia menjulang nama negara.tapi klau tngok game mase lawan singapura ari tu,memang defend banyak wat silap.namun,inilah bola sepak...bukan dia sorang je defend ari tu.so, tak adil lah kalau dia sorang dipersalahkan.apapon tahniah dorang!!!MALAYSIA BOLEH!!!


Yang Benar,



~Nak Jadi Baik Memang Lambat~







Assalamualaikum....






"Ustaz, saya dulu hafiz al-Quran. Dulu, solat ini memang saya tidak tinggal. Saya semakin hanyut dengan dunia. Sekarang, saya sudah tidak solat. Saya ingin berubah. Masih adakah sinar untuk saya?"
Ustaz N memandang telefon bimbit Masjid Kuning Kota Damansara. Bagus masjid ni. Ada segmen Tanyalah Ustaz. Sesiapa jemaah yang ingin bertanya, boleh menghantarkan SMS.
"Masih ada sinar" Ustaz N menjawab pendek.
Jemaah mengangguk. Kebanyakannya faham sifat al-Ghafur Allah. Jemaah di situ memang boleh letak belakang nama mereka dengan Ahmad atau Abu al-Damansari. Berlumba-lumba duduk di dalam taman-taman Syurga ilmu.Marvellous!
Ustaz N menyambung, "Kembalilah kepada Allah, nak. Allah menciptakan rahmat sebelum menciptakan murka. Pintu taubat terbuka luas. Sibukkan diri dengan kebaikan. Jika anda jatuh, maknanya, masa anda masih banyak yang belum diisi dengan kebaikan."
"SMS masuk, Pak" Telefon Bimbit Tanyalah Ustaz berbunyi lagi.

"Terima kasih, Ustaz. Macam mana nak jadi baik? Apa langkah pertama untuk saya berubah selepas bertaubat?"
Ustaz N tersenyum. "Pernah tidak dengar kisah Abu Hurairah r.a. bertanya kepada baginda Rasulullah s.a.w. tentang seorang yang solat tetapi masih mencuri?"
Jemaah terlopong. Sah, tak dapat nak recall. Ini yang pentingnya hadir di ceramah-ceramah dan kuliah. Dapat peringatan, dapat refresh ilmu, dapat kesedaran. Dapat macam-macam. Best!
Ustaz N menarik nafas dan berkata, "Abu Hurairah r.a. bertanya bagaimanakah orang yang sedemikian? Rasulullah menegaskan, solat orang itu lambat laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri."
Jemaah mengiyakan. Mereka teringat firman Allah s.w.t bahawa solat akan mencegah perkara keji dan mungkar.
"Maksud baginda Rasulullah s.a.w. dengan memperbaiki dan meningkatkan mutu solat, dari segi rukun qauli (percakapan), rukun fi'li (perbuatan) dan rukun qalbi (rasa hati), lambat laun solat akan berjaya menjadi benteng kepada amalan keji dan mungkar."
Jemaah berpandangan sesama sendiri. Mereka tersenyum dan mengangguk.
"Kesimpulannya, nak jadi baik memang lambat. Nak membina memerlukan masa. Nak meruntuh sekelip mata. Teruskan bermujahadah untuk istiqamah. Tutup ruang-ruang untuk melakukan kemaksiatan. Isi kehidupan dengan kebaikan. Berkawan dengan kawan-kawan yang baik. Usaha dan terus usaha. Insya-Allah, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita."
Dalam jemaah itu, seorang anak muda tunduk. Matanya berkaca. Dia berbisik:
Ya Allah, dosaku menggunung tinggi, tapi rahmat-Mu melangit luas. Ampunkanlah dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat.

_1§§¶¶_______________________
_________1¶¶¶¶¶§¶¶1___________
__________
________¶¶¶¶§§§§§¶¶§__________
__________
_______¶¶§§§§§§§§§¶¶§_________
__________
_______1¶¶§§§§§§§§§¶¶1~Ya Allah…
________¶¶§§§§§§§§§§¶¶¶~~ Ampunilah daku dan sahabatku
_________¶¶§§§§§§§§§§¶1~~dan masukkanlah kami kedalam
__________¶¶§§§§§§§§¶¶§~~rahma
tMu dan Engkau adalah Tuhan
___________¶¶§§§§§§§¶¶¶~yang maha penyayang...
____________¶§§§§§§¶¶~ Ya Allah… Lindunglah sahabat2ku
____________¶§§§§§§¶__________
_______¶1_
_________1¶¶§§§§§§§¶§_________
______§¶¶_
________§¶¶¶§§§§§§§¶¶_________
____¶¶¶¶1_=AMIN......
_______¶¶§§§§§§§§§§§¶¶________
__1¶¶¶¶___
______¶¶§§§§§§§§§§§§§¶1______§
¶¶¶¶¶¶____=AMIN......
_____1¶§§§§§§§§§§§§§§¶§_____¶¶
¶§¶§¶1____
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§¶¶§1§¶¶§
§§§¶§_____=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶§§§
§¶¶§______
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶
¶¶1_______=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶
¶1________
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶
__________=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1_
__________
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶§___
__________=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§¶1______
__________
_____¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶______
__________=AMIN......
_____¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶_____
__________
____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶1___
__________=AMIN......
____§¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶1
__________
____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶
¶¶1_______=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§
¶¶¶¶¶1____
______¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§
§§§¶¶¶¶¶1_=AMIN......
_____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§
§§§§§§¶¶¶1
____¶¶¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§
§§§§§§§§¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶§¶§§§
§§§§§§§§¶§
_1¶1_____________11111111§§§§§
§§§§§§§§1_
¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦
¦¦¦¦¦¦
¦................AMIN YA ROBAL ALAMIN.................¦

*sumber: iluvislam.com




Sunday, August 21, 2011

~Bulan Mengelilingi Kaabah???~

"Daripada Dato Mazlan astrology.. Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah .. dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) . Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan .. Mekkah 3.25 pagi , Singapore , Malaysia 8.25 pagi (Sabtu Pagi)..."
Assalamualaikum...


semua orang dengar  cerita seperti diatas ni yang sekarang heboh disebarkan melalui facebook masing-masing.sehinggakan saya sendiri share cerita ni melalui status facebook saye dua malam lepas tanpa mengkaji bende sama ada betulatau tidak.malah ramai juga rakan-rakan facebook lain yang turut share bende ni.selepas saya terbaca tentang cerita ni dekat blog ni Falak Online,terus saya delete status tersebut.klau fikir secara logik pon memang dapat diragui kesahihannya..apapon klau nak kepastian bacalah artikel ni...





Sekali lagi dunia astronomi malaysia digemparkan dengan sebaran cerita seperti di atas!
Tak menang tangan saya dibuatnya untuk menjawab SMS yang diterima sejak awal pagi tadi.
Seperti biasa, rakyat Malaysia suka sangat dengan cerita-cerita mistik dan sensasi seperti di atas.
Apa? Tak betul ke?
Memang la tak betul. Cuba kita tengok satu per satu kenyataan dalam SMS tu..
"Daripada Dato Mazlan astrology"
Jika Dato Mazlan yang dirujukkan ini ialah bekas Pengarah Agensi Angkasa Negara , title "astrology" tu pun dah salah!  Beliau ialah seorang ahli astrofizik. Astrology tu macam cerita nujum pak belalang! Tukang tilik! Tak pernah saya jumpa mana-mana yang mengatakan Dato Mazlan tu ahli nujum!
Dan mempelajari Astrologi adalah haram!
"Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah..dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) "
Oppss!! Bulan mengelilingi Kaabah? Setahu saya Bulan mengelilingi  sebuah jasad bernama planet Bumi, di bawah kesan daya tarikan graviti Bumi. Kaabah berada di atas permukaan Bumi. Ia tidak mempunyai sebarang daya tarikan graviti yang membolehkan Bulan 'mengelilingi'nya.
Tahukah anda, Bulan itu jika 'diletak' atas Bumi, diameternya seluas benua Australia! Bayangkan objek sebesar itu, bergerak-gerak keliling Kaabah? Logik tak?
"Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. " 
Bab ni, saya berpegang kepada ilmu saya yang sedikit ini dan ketika mengikuti pengajian bersama ustaz-ustaz, setiap perkara yang hendak dilakukan itu kena berdasarkan nas-nas yang sahih. Bukan main tangkap serombono je. Oleh itu, bagi penulis yang memula menyebarkan berita ini, sila berikan nas yang menyatakan doa kita makbul ketika bulan mengelilingi kaabah.. silakan, silakan...
"Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. "
Kenapa selepas 10 juta tahun? Di mana kiraan falak yang menunjukkan perkara ini boleh 'berlaku' selepas 10 juta tahun? Kajian siapa? Sumber dari mana?
". Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan ."
Di sini, saya menyeru kepada rakan-rakan dan para pembaca sekalian, supaya berhati-hati apabila menyebarkan berita dan cerita yang tidak pasti kesahihannya, tidak diketahui nas-nasnya, tidak tahu dari mana faktanya. Kerana ia bukan sahaja boleh memberi maklumat yang salah, malah memberi gambaran yang buruk di mata masyarakat lain yang mana umat Islam ini suka sangat berita-berita sensasi, mistik dan tidak tepat faktanya. 
Lain kali baca, baca dan baca dahulu.
Lupakah kita ayat pertama yang diturunkan oleh Malaikat Jibril kepada Rasullullah SAW ialah Iqra, yang membawa maksud "Bacalah!" Di sinilah letaknya nilai ilmu dan kaedah mempelajarinya.

 Rujuk kenyataan dari pihak ANGKASA di sini.


WAALLAHUA'LAM..........


*sumber:http://www.falak-online.net/portalfalak/bulan-keliling-kaabah-pulak-dah

Monday, August 15, 2011

~ISI DALAM KA'ABAH DIDEDAHKAN~

ASSALAMUALAIKUM...


korang baca x paper semalam mengenai pendedahan isi dalam kaabah.benda ni didedahkan oleh satu video yang diupload di youtube dan diamik oleh seseorang ketika orang tersebut memasuki kaabah..setahu aku kita dilarang mengambil gambar didalm kaabah.mungkin orang tersebut mengambil secara curi.dan setahu hanya orang tertentu sahaja boleh masuk ke dalam kaabah contoh kaum kerabat diraja Arab Saudi,pemimpin -pemimpin negara islam dan orang tertentu.klau x salah,mantan pendana menteri kita,Tun Dr Mahathir pun berpeluang memasuki kaabah.walaubagaimanapun,ade juga orang-orang biasa yang mengambil peluang untuk memasuki kaabah itupun ketika acara mencuci dan menukar langsir kaabah.Sebelum ni aku ada dengar cerita yang sape-sape yg memasuki kaabah tidak boleh menceritakan kepada orang lain ape yang diorang nampak.kalau tidak mereka akan ditimpa muusibah seperti menjadi gila.betul ke x waallaua'lam.....

Paparan di dalam video itu hampir menyamai cerita seorang wartawan dari Singapura, Ahmad Mohd. Don. Menurut beliau, keadaan di dalam Kaabah itu gelap. Tidak ada sebarang lampu. Satu-satunya cahaya yang menerangi bahagian dalam Kaabah itu datangnya dari pintu Kaabah yang terbuka.
“Asap kemenyan memenuhi ruang dalam Kaabah itu. Lantainya pula dibasahi air mawar yang mengeluarkan bau semerbak,” kata beliau yang mendapat peluang memasuki Kaabah semasa menunaikan haji di Mekah pada 8 September 1983 atas undangan khas kerajaan Arab Saudi.


VIDEO selama lebih empat minit ini boleh ditonton di YouTube.


Dinding
Tambah Ahmad, hampir di setiap bahagian dinding Kaabah itu, para undangan menunaikan sembahyang sunat dengan khusyuk.
Mereka menghadap tiap bahagian dinding Kaabah. Lantai Kaabah dibuat daripada marmar putih. Begitu juga dindingnya. Pada satu bahagian dinding itu, kelihatan ukiran ayat-ayat suci.
“Terdapat beberapa batang tiang di dalam Kaabah. Besar tiang itu kira-kira satu pemeluk. Pada satu bahagian dinding itu disalut dengan kayu yang berukiran. Mungkin ukiran ayat-ayat suci al-Quran.
“Terdapat juga para yang di atasnya diletakkan beberapa buah cerek yang kelihatan diperbuat daripada tembaga.
“Tidak saya ketahui apakah yang ada dalam cerek itu. Berkemungkinan besar ia berisi air mawar yang digunakan untuk mencuci bahagian dalam Kaabah,” katanya yang cuma menghabiskan masa selama lapan minit di dalamnya bagi memberi peluang kepada tetamu lain yang menunggu giliran untuk memasuki Kaabah.
Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah menjelaskan bahawa tiada apa-apa sekatan dari sudut agama untuk membuat rakaman gambar atau video di dalam Kaabah.
Bahkan, jelas beliau, undang-udang baharu oleh pihak berkuasa Arab Saudi turut membenarkan penggunaan kamera di kawasan Masjidil Haram. Sebelum ini undang-undang negara itu melarang penggunaan alat elektronik tersebut di kawasan Kaabah.
Tambah Daud, orang awam berpeluang memasukinya semasa lawatan pemimpin Arab Saudi mahupun pemimpin negara Islam lain ke Masjidil Haram.
“Pintu Kaabah akan dibuka semasa lawatan pembesar dan juga ketika hari pertukaran kain Kaabah menjelang Hari Raya Aidiladha,” katanya kepada Jurnal.
Daud turut menyangkal dakwaan dan cerita yang menyatakan orang yang mendongak ke bumbung Kaabah selepas memasukinya boleh ditimpa musibah.
Menurut Daud, orang ramai juga boleh melihat replika Kaabah di Muzium Islam Hudaibiyah, Mekah. Ia menyerupai isi kandungan sebenar di dalam Kaabah termasuklah tiga batang tiang dan hiasan ayat-ayat al-Quran.

PINTU Kaabah yang seberat lapan tan diperbuat daripada emas tulen.


Kunci
Hanya terdapat sebuah pintu untuk memasuki Kaabah dan ia dikatakan diperbuat daripada emas tulen seberat lapan tan (8,000 kilogram).
Pintu Kaabah itu pula hanya boleh dibuka oleh pemegang kunci dari Bani Syaibah. Menurut sejarah Islam, apabila Nabi Muhammad SAW meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah dikuasai oleh Bani Syaibah.
Pada tahun ketujuh Hijrah, berlaku perang pembukaan kota Mekah yang dimenangi tentera Islam. Berikutan itu, Saidina Ali diarahkan supaya mengambil kunci itu daripada Bani Syaibah, malangnya pintu Kaabah tidak dapat dibuka walaupun menggunakan anak kunci yang sama.
Anak kunci itu kemudian dipulangkan kepada Bani Syaibah atas perintah Allah menerusi ayat 58, surah An-Nisa’ yang mafhumnya, ‘Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya’.
Pada masa itu, Bani Syaibah belum memeluk Islam. Tindakan Rasullulah memulangkan semula kunci Kaabah itu telah membuka hati ketua Bani Syaibah untuk memeluk Islam diikuti semua pengikutnya.
Keturunan Bani Syaibah telah diamanahkan untuk memegang kunci Kaabah sehingga hari ini...
video yang mendedahkan isi dalam Ka'abah..




*sumber: berita kosmo,youtube

Saturday, August 13, 2011

Andai Ini Ramadhanku Yang Terakhir


assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al Mubarak..Alhamdulillah ,kita pun telah menghampiri 'Nisfu Ramadhan' ataupun pertengahan Ramadhan..Marilah sama-sama kita memanjatkan syukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi diberikan kekuatan dalam menempuh ibadat puasa ini..kali ini saya ingin share satu artikel yg saya amik dari http://www.iluvislam.com.yang bertajuk ANDAI INI RAMADHANKU YANG TERAKHIR.melihat tajuk ini teringat akan saya tentang cerita 'Ramadhan Terakhir' di tv3 yang selalu ke udara dari hari isnin hingga khamis jam 10 malam klau x silap saye.cerita memang menginsafkan ditambah pula dengan background music yang menyentuh jiwa.sebenarnya cerita ini belum lagi habis.saye pon dah xingat skarang dah episod berapa.cerita ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang jauh dari ajaran islam yang sebenar.tetapi bila tibanya bulan Ramadhan si ayah mula tersedar apabila dia selama ini telah terpesong dari ajaran islam yg sebenar dan gagal memimpin keluarganya mengikut acuan islam.itupon dia mula sedar apabila dia disahkan mengidap HIV positif..lagi detail korang leh tngok sendiri cerita kt tv.ape yg saya nak kongsikan mengenai si ayah ni yg mula sedar apabila diberi dugaan yg berat seperti itu dan sedikit demi sedikit mula berhijrah ke acuan yg sebenar..tetapi kita yang masih lagi sihat walafiat masih gagal untuk kembali ke jalan yang betul.masih lagi terus membuat dosa.sesungguhnya memang manusia tdak dapat lari dri membuat dosa tetapi kita masih mempunyai kekuatan utk melarikan diri kita dri dosa tersebut iaitu hanya dengan 'IMAN'.di bulan yang mulia ini marilah sama-sama kita meningkatkan keIMANan kita agar kekuatan kita terus bertambah untuk melawan segala godaan nafsu terutama di bulan ini..


*entri tidak menuju kepada sesiapa tetapi sebagai peringatan kepada diri sendiri sebab saya juga hanya insan biasa yang juga tidak terlepas dari membuat dosa..apapun sama-samlah kita menjadikannya iktibar utk kita..


Monday, August 08, 2011

~Bangga Dengan Diri Sendiri~



assalamualaikum buat pembaca blog semua dan SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK.Alhamdulillah pejam celik pejam celik kita telah pon masuk hari yg ke-8 Ramadhan.Marilah sama-sama kita bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya kita masih mampu melaksanakan rukun Islam yg ke-3 dan juga beribadat kepadaNya.Moga-moga kita dapat meneruskan ibadat puasa sehinggalah ke hari terakhirnya.Insyaallah..
Kali ini saya ingin bercakap mengenai satu topik yang bagus utk kita renungkan bersama iaitu "BANGGA DENGAN DIRI SENDIRI".Entah mengapa terdetik hati saya untuk menulis entry tentang topik ini.Walaubagaimanapun entri ini bukanlah bertujuan untuk mengalakkan kita supaya bersikap bangga diri dengan kata lain bersifat takbur.Tetapi hanyalah sekadar renungan untuk kita semua supaya kita bangga dengan apa yang ada pada diri kita.Dengan kata lain bersyukur dengan anugerah Allah S.W.T  yang telah dikurniakan kepada  diri kita.



”Dua hal apabila dimiliki seorang dia dicatat Allah sebagai orang yang bersyukur dan sabar. Dalam urusan agama ( Ilmu dan Ibadah) dia melihat kepada yang lebih tinggi lalu meniru dan mencontohnya. Dalam urusan dunia dia melihat kepada yang lebih bawah, lalu bersyukur kepada Allah bahwa dia masih diberikan kelebihan.HR.Attirmidzi)


Sesetengah orang terlalu bangga dengan diri orang lain dan juga kelebihan yang ada pada orang tersebut sehinggakan kita lupa dengan kelebihan yang ada pada kita kita.contonya dalam bab memegang jawatan dalam sesebuah organisasi,apabila kita diberikan sesuatu jawatan kita tidak berani hendak memegangnya .Kita pula asyik berkata"Saya tak ada sifat kepimpinan","Saya tak ada pengalaman" dan bla...bla...bla.Sebaliknya kita menyerahkan jawatan itu kepada orang lain dan memuji orang tersebut bahawa 'dia pandai buat keje','dia ni ada pengalaman'..sedangkan kita sebenarnya  mempunyai kemampuan untuk memegang jawatan itu.tetapi kerana sifat terlalu rendah diri,kita hilang kepercayaan terhadap diri sendiri..
Bukan itu saja.........
Kadang-kadang kita merasakn orang lain lebih hebat dari kita.sifat suka membandingkan diri kita dengan orang lain ini amat tidak elok untuk kita.malah sifat ini membuatkan kita sering lupa utk bersyukut dengan anugerah Tuhan yg dikurniakan kepada kita.tetapi kalau kita hendak menuntut ilmu daripada orang tersebut utk memajukan diri kita tidak salah dirasakan.kadang-kadang kita bila kita tengok seseorang naik kereta mewah terdetik dalam hati kita,'bahagianya orang itu'.sedangkan kita tdk fikir mungkin orang tersebut tengah berserabut kepala nak bayar duit kereta,bil n bla..bla..Oleh itu bersykurlah dengan apa yang ada pada kita dan banggalah dengan diri kita.......

*kita diatas tdk merujuk kpd sesiapa dan jikalau ade sesape yg terasa mungkin ia hanya kebetulan sahaja.

peringatan utk diri sendiri.....
kadang-kadang bila aku tengok budak2 medik dengki pula sebab dulu nak amik medik tapi apakan daya........
tetapi aku bangga dengan diri ku sekarang cuma ada banyak perlu diperbaki lagi.


Anda juga mungkin meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...