Tolong klik iklan ni ckit....hehehe..

Kawan-kawan saya

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Friday, April 25, 2014

Kuatlah Wahai Hati..


pernahkah timbul hati kita satu ketika disaat kita ditimpa kedukaan,datang satu semangat untuk kita berubah kearah yang lebih baik.tapi lama-kelamaan semangat itu terus hilang.dan akhirnya semangat itu terus berlalu tanpa ada tindakan pon.atau mungkin ada tindakan namun hanya sekejap.tidak bertahan lama.

begitulah dengan aku..setiap kali aku ditegur,akan datang satu semangat untuk terus berubah kearah yang lebih baik.namun semangat terlalu cepat pudar.aku tiada kekuatan untuk melaksanakannya ataupun mungkin kelemahan aku yang tidak mampu aku atasi.

hari ini 25/4/2014 terasa hari yang paling"worse" sepanjang bergelar penuntut ilmu.dan sudah jadi kebiasaan aku selalu fail dalam bab "presentation".bergelar mahasiswa memang banyak berdepan dengan "presentation".lebih-lebih lagi dalam BI.dan aku memang fail dalam bab BI ni.aku tak tahu kenapa susah sangat nk mem"improve"kan diri.dan kadang-kadang kita tahu tentang sesuatu fakta namun disebabkan kurang skill dalam penyampaian terus benda tersebut tersangkur.ataupun mungkin berjaya disampaikan tetapi boleh disalah ertikan kepada yang menerima.

tertanya-tanya dalam hati.teruk ke aku kena tadi?hmmm.namun itulah hakikatnya.kadang-kadang sampai terkeluar dalam hati.benak sangatkah aku ni?Ya Allah.jauhkanlah aku dari menjadi hamba yang tidak bersyukur.

memang susah menjadi seorang "mahasiswa" yang kurang kemahiran bercakap di hadapan,kurang "lateral thinking",kurang mahir dalam BI dan kurang keyakinan.aku tak tahu kenapa?dan kenapa?susah sangat untuk memperbaiki benda ini.mampukah aku grad?

"Ya Allah.permudahkanlah urusan duniaku ini.permudahkanlah untuk memperbaiki diriku untuk menjadi yang lebih baik.Janganlah Engkau bebankan aku dengan bebanan yang aku tak mampu tanggung.permudahkanlah untukku dalam bidang yang aku ambil ini".


kepada pensyarah.diriku memohon ampun jika tidak mampu menjadi mahasiswa yang engkau kehendaki.aku begitu naif.dan aku tidak akan menyalahkan diatas setiap teguran dan kritikan.tetapi aku perlukan masa dan kekuatan.aku bukan sama seperti yang lain.aku terlalu banyak kekurangan.



sekian..

Friday, March 30, 2012

~Indahnya Hidup Tanpa Buruk Sangka~






Rasulullah S.A.W. bersabda yang mafhumnya :
"Amat menakjubkan sikap seorang Mukmin yang sentiasa memandang baik terhadap segala sesuatu yang berada di persekitarannya. Sikap ini sebenarnya tidak pernah wujud pada umat yang lain kecuali kepada golongan Mukmin. Apabila seseorang Mukmin itu memperoleh kebaikan, dia langsung bersyukur kepada Allah dan itu adalah baik baginya. Jika dia ditimpa keburukan, maka dia pun bersabar menghadapinya dan ini pun baik baginya ". (HR Muslim)

sentiasa berprasangka baik dengan Allah s.w.t..
sentiasa berprasangka baik dengan manusia di sekeliling kita..
sesunguhnya ia mampu memberi ketenangan hidup kepada insan yg sentiasa berprasangka baik..aku sentiasa cuba untuk berprasangka baik terhadap manusia diselilingku.walaubagaimanapun,aku jugak tdk terlepas dri berprasangka buruk terhadap orang..sesungguhnya aku hanya insan biasa..tetapi aku cuba untuk berprasangka baik..sesungguhnya berprasangka buruk itu sifat yg tercela...
Daripada Abu Hurairah, NABI SAW bersabda : “ Berhati-hatilah kamu daripada berperasangka, kerana prasangka adalah sebohong-bohong ucapan. “ ( Muttafaqun Alaih )

************************************************************************************************************

apa yang membuat anda benar tidak akan membuat anda salah.sebaliknya, apa yang membuat anda salah tidak akan membuat anda benar.

jika keyakinan tersebut tertanam kuat pada jiwa anda dan kukuh bersemayam dalam hati anda maka setiap bencana akan menjadi kurnia,setiap ujian menjadi anugerah dan setiap peristiwa menjadi penghargaan dan pahala.

jangan dibiarkan diri anda larut dalam kesedihan..jangan mengira diri anda sanggup melakukan segala upaya untuk menahan tembok yang akan runtuh,membendung air yang akan meluap,menahan angin agar tidak bertiup atau memelihara kaca agar tidak pecah..adalah tidak benar apabila semua itu dapat terjadi dengan paksaanku dan paksaanmu,kerana apa yang telah digariskan akan terjadi,setiap ketentuan akan berjalan dan semua keputusan akan terlaksana..

sentiasa berprasangka terhadapNya..terimalah qadak dan qadarNya....


petikan dari buku La Tahzan(Dr 'Aidh Al Qarni)
************************************************************************************************************

sekian.....

Monday, December 12, 2011

~Motivasi Diri Sendiri~

Assalam.....



Seorang pemuda yang duka wajahnya didatangi seorang alim, lalu di pegang dadanya, kemudian orang alim bertanya,

"Benarkah yang diperlukan oleh kamu adalah 'duit'?

Pemuda itu menjawab "Ya"...Jika tidak ada duit masalah saya tidak akan selesai.

Orang Ailm itu tersenyum lalu berkata..."bukan", yang diperlukan kamu adalah iman, bahawa Allah SWT akan menolong kamu, bahawa Allah SWT sahajalah yang akan menyelamatkan kamu.


Kita adalah hamba yang sering alpa bahawa Allah SWTlah segala jawapannya. Jika di risaukan persoalan 'dunia'.. 'dunia' .. 'dunia', pasti tidak ada penghujungnya. Selesaikanlah masalah hanya dengan bantuan Allah SWT. Dia yang Maha Berkuasa.
''Makhluknya langsung tiada kuasa"







"Kadangkala apabila ujian tidak menjengah, kita lupa untuk memohon. Kadangkala, apabila kehidupan tidak diuji, kita lupa untuk meminta. Lantaran itu, hati terasa kosong, bukan kerana ujian yang terasa berat, tapi JARAK dan HUBUNGAN denganNya yang tanpa sedar SEMAKIN JAUH daripada kita."
Ibn Jauzi telah menulis dalam Shaidul Khatir :

“Orang yang sedar sepatutnya mencari sesuatu yang paling mahal nilainya dan sesuatu yang paling berharga di dunia ini ialah ALLAH SWT”
sumber--->>>Being A Doctor For Ummah


Monday, August 08, 2011

~Bangga Dengan Diri Sendiri~



assalamualaikum buat pembaca blog semua dan SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK.Alhamdulillah pejam celik pejam celik kita telah pon masuk hari yg ke-8 Ramadhan.Marilah sama-sama kita bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya kita masih mampu melaksanakan rukun Islam yg ke-3 dan juga beribadat kepadaNya.Moga-moga kita dapat meneruskan ibadat puasa sehinggalah ke hari terakhirnya.Insyaallah..
Kali ini saya ingin bercakap mengenai satu topik yang bagus utk kita renungkan bersama iaitu "BANGGA DENGAN DIRI SENDIRI".Entah mengapa terdetik hati saya untuk menulis entry tentang topik ini.Walaubagaimanapun entri ini bukanlah bertujuan untuk mengalakkan kita supaya bersikap bangga diri dengan kata lain bersifat takbur.Tetapi hanyalah sekadar renungan untuk kita semua supaya kita bangga dengan apa yang ada pada diri kita.Dengan kata lain bersyukur dengan anugerah Allah S.W.T  yang telah dikurniakan kepada  diri kita.



”Dua hal apabila dimiliki seorang dia dicatat Allah sebagai orang yang bersyukur dan sabar. Dalam urusan agama ( Ilmu dan Ibadah) dia melihat kepada yang lebih tinggi lalu meniru dan mencontohnya. Dalam urusan dunia dia melihat kepada yang lebih bawah, lalu bersyukur kepada Allah bahwa dia masih diberikan kelebihan.HR.Attirmidzi)


Sesetengah orang terlalu bangga dengan diri orang lain dan juga kelebihan yang ada pada orang tersebut sehinggakan kita lupa dengan kelebihan yang ada pada kita kita.contonya dalam bab memegang jawatan dalam sesebuah organisasi,apabila kita diberikan sesuatu jawatan kita tidak berani hendak memegangnya .Kita pula asyik berkata"Saya tak ada sifat kepimpinan","Saya tak ada pengalaman" dan bla...bla...bla.Sebaliknya kita menyerahkan jawatan itu kepada orang lain dan memuji orang tersebut bahawa 'dia pandai buat keje','dia ni ada pengalaman'..sedangkan kita sebenarnya  mempunyai kemampuan untuk memegang jawatan itu.tetapi kerana sifat terlalu rendah diri,kita hilang kepercayaan terhadap diri sendiri..
Bukan itu saja.........
Kadang-kadang kita merasakn orang lain lebih hebat dari kita.sifat suka membandingkan diri kita dengan orang lain ini amat tidak elok untuk kita.malah sifat ini membuatkan kita sering lupa utk bersyukut dengan anugerah Tuhan yg dikurniakan kepada kita.tetapi kalau kita hendak menuntut ilmu daripada orang tersebut utk memajukan diri kita tidak salah dirasakan.kadang-kadang kita bila kita tengok seseorang naik kereta mewah terdetik dalam hati kita,'bahagianya orang itu'.sedangkan kita tdk fikir mungkin orang tersebut tengah berserabut kepala nak bayar duit kereta,bil n bla..bla..Oleh itu bersykurlah dengan apa yang ada pada kita dan banggalah dengan diri kita.......

*kita diatas tdk merujuk kpd sesiapa dan jikalau ade sesape yg terasa mungkin ia hanya kebetulan sahaja.

peringatan utk diri sendiri.....
kadang-kadang bila aku tengok budak2 medik dengki pula sebab dulu nak amik medik tapi apakan daya........
tetapi aku bangga dengan diri ku sekarang cuma ada banyak perlu diperbaki lagi.


Anda juga mungkin meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...