Tolong klik iklan ni ckit....hehehe..

Kawan-kawan saya

Tuesday, January 24, 2012

~Bacelah..Sekadar Perkongsian~



Assalamualaikum..

bagiku memang tiada istilah "couple sebelum kahwin" dalam islam..
tapi bagaimana dengan "cinta sebelum kahwin"??
adakah kedua-dua istilah ini sama..
bagiku ia membawa maksud yang berlainan.salahkah kita bercinta atau menyukai sesorang yg kita nak jadikan seorang isteri atau suami??memang setiap orang akan memberi pendapat yang berbeza..malah majoritinye akan memberi pendapat yang negatif...
bagiku ia tidak salah jika kita benar2 ingin menjadikannye teman hidup kita.selagi kita dapat menahan nafsu dan selagi ia tidak lari dari landasan yang sebenar. jodoh itu ketentuan Allah s.w.t..ya,itu memang betul.tiada satu pon manusia yang tahu siapakah jodohnya yang sebenar.
tetapi kita kena ingat kita boleh memohon dan berdoa akan dipertemukan jodohnya dengan orang yg kita cinta.dan mungkin orang yang kita suka atau cinta itu adalah jodoh sebenar kita.aku memang kurang arif pasal bende2 mcm ni dan aku takut jika tersilap cakap mengenai isu-isu agama ni..apa yang aku mampu ialah berkongsi penulisan orang lain..
bacalah artikel ni seelok-eloknya dan  pandai-pandailah menilainya...

YA ALLAH..


***************************************************************************************************************

Cinta Sebelum Kahwin Itu Ada. Halal.

Cinta. Rata-rata masyarakat melayu, mereka yang berkecimpung dalam gerakan dakwah, juga mereka yang berada dalam golongan ‘baik’ dan ‘bertatasusila’, apabila disebut berkenaan cinta sebelum kahwin, akan memandang negatif. Cinta sebelum kahwin kelihatan kotor dan menjijikkan. Cinta sebelum kahwin kelihatan merosakkan.

                Dan pandangan ini mendatangkan 1001 permasalahan kepada perjalanan cinta yang baik dalam kalangan muda-mudi khususnya, juga masyarakat amnya.


Definisi Cinta Kita, Ambil Daripada Mana?

Bila disebut cinta, apakah yang kita nampak dan faham?

                Jika disebutkan cinta kepada saya, saya memahaminya sebagai ‘untuk bersama ke syurgaNya’. Tiada lain. Untuk saya, ‘apa-apa sahaja yang membawa kepada neraka Allah SWT’ itu bukan cinta. Definisi cinta inilah yang saya pakai, dan saya kira, kita semua patut lihat bahawa inilah dia cinta. Kerana, apabila kita menyatakan bahawa kita kasih, kita sayang kepada seseorang, adalah amat mustahil kita hendak mencederakannya, menyakitkannya, melukakannya. Semestinya kita mahu memberikan yang terbaik kepadanya. Maka apakah ‘terbaik’ yang sebenarnya selain syurga Allah SWT?

                Tetapi saya melihat, definisi ini tidak dikongsikan oleh kebanyakan masyarakat.

                Rata-rata memandang bahawa cinta adalah hubungan intim antara lelaki dan perempuan. Cinta mesti ada kaitannya dengan melalaikan, mengasyikkan. Cinta dengan seks tidak dipisahkan. Cinta mesti ada pegang-pegang tangan, keluar bersama, berdua-duaan, mengucap kalimat-kalimat jiwang, angau dan sebagainya.

                Ya. Itu pandangan kebanyakan apabila disebut berkenaan cinta.

                Kerana itu, apabila disebut ‘cinta sebelum kahwin’, kelihatannya tersangat ‘taboo’. Akhirnya muncul lah ajaran-ajaran bahawa ‘cinta selepas kahwin’ lebih membawa berkat dan sebagainya. ‘Cinta sebelum kahwin’ adalah haram dan sebagainya. Begitulah.

                Sebenarnya, definisi cinta yang dipegang oleh masyarakat ini, datangnya daripada mana?

                Mudah saya ungkapkan, ini semua adalah daripada cinta yang ditunjukkan di dalam Hollywood. Cinta lelaki perempuan, dengan ciuman, dengan keluar berdua-duaan, dengan sentuhan, dengan seks, tanpa mengira batas agama dan tatatertib kesopanan masyarakat.

                Ya. Kita nampak cinta dengan definisi itu.
                Sebab itu akhirnya, cinta kelihatan jijik untuk dibicarakan.
                Cinta diharamkan sebelum perkahwinan.
                Sedangkan, cinta hanyalah mangsa keadaan.
                Manusia itu sendiri yang perlu memperbetulkan pandangan.

Apabila Cinta Silap Dipandang.

Apabila kita silap mendefinisikan cinta, maka silaplah kita akan cara melayannya.

                Kesilapan ini membawa kepada larangan terhadap remaja untuk mempelajari cinta yang sebenar.

                “Hish, kecik-kecik dah gatal!”

                Akhirnya, dek kerana tidak mendapat pendidikan cinta yang sebenar, pendefinisian cinta yang sebenar, anak-anak menuruti orang-orang tua yang menggunakan definisi cinta hollywood, lantas menterjemahkan cinta sedemikian rupa. Kerana itu, ‘cycle’ ini tidak dapat kita pecahkan.

                Kesilapan ini juga membawa kepada terbukanya maksiat.

                “Mak, rasanya saya ni perlu dah kahwin.”
                “Hang budak lagi. Belajar dulu.”

                Sedangkan, sepatutnya itulah peluang ibu bapa mulakan perbincangan yang baik kepada anak-anaknya berkenaan cinta dan rumahtangga. Bukan dijawab sambil lewa sedemikian rupa. Dengan jawapan sedemikian, sang anak memberontak dan akhirnya mengambil jalan sendiri dalam bercinta. Yang mana kita sedia maklum, kebanyakannya tidak berakhir dengan baik, dan merentas jalan-jalan yang Allah murkai.

                Kesilapan ini juga membawa kepada kesukaran terhadap perkara yang sebenarnya mudah.

                “Awk, sya rsa kta kne bncang bnda ni guna mlut. Ckp.”
                “Gna email or sms je bleh x?Sbb nak jga dari zna hati.”
                -----------------------------------------------------------
                Perbualan di atas ini adalah SMS
                ------------------------------------------------------------

                Dan akhirnya, perbincangan yang sepatutnya mudah, menjadi susah dengan pelbagai interprestasi. Tulisan yang tidak bernada, membawa pelbagai spekulasi menjadikan perbincangan yang sepatutnya lancar, menjadi berjela-jela, dan membuatkan keputusan yang patut boleh didapatkan, bertukar menjadi perbalahan. Akhirnya ini merosakkan hubungan kedua-dua pasangan yang ingin mendirikan perkahwinan.

                “Awak, janganlah tinggalkan saya, saya cintakan awak!”
                “Awak, apa bukti awak cintakan saya?”
                “Saya sanggup serah segala-galanya kepada awak.”
                Diikuti dengan ciuman berahi, dan selepas itu hubungan seks.

                Iya. Itu satu lagi contoh lain apabila silap mendefinisikan cinta.

                Dan jika ingin saya berikan contoh, saya boleh berikan pelbagai lagi contoh akan ‘flaw’ atau ‘kecacatan’ apabila kita silap mendefinsikan cinta. Perlahan-lahan, ini membawa kepada kerosakan dan keruntuhan di dalam masyarakat.

                Kumpulan yang ‘mengharamkan cinta sebelum kahwin’ dengan membuta tuli, tanpa pembetulan dalam pendefinisian cinta, tanpa usaha membersihkan cinta yang sebenar, hanya akan membawa kerosakan. Saya tidak memandang bahawa manusia perlu kepada ayat: “Cinta sebelum kahwin itu HARAM!”, tetapi saya memandang secara positif bahawa, yang manusia perlukan sebenarnya adalah ayat: “Cinta yang sebenarnya adalah begini dan begini. Jika ingin bercinta, begini dan begini caranya.”

Remaja, Veteran, Perlu Memegang Definisi Cinta Yang Betul.

Pada saya, baik remaja dan veteran, kedua-duanya perlu memegang definisi cinta yang sebenar.

                Cinta, kalau benar cinta, mesti hendak bersama ke syurgaNya.
                Apa-apa yang membawa ke nerakaNya, itu bukan cinta.

                Maka semestinya apabila kita bicarakan akan ‘cinta sebelum kahwin’, perkara-perkara yang melanggar syariat itu semestinya tiada. Cinta sebelum kahwin yang sebenar bukanlah couple, bukanlah sesuatu yang membawa kepada kelalaian, bukanlah sesuatu yang merosakkan. Cinta sebelum kahwin yang sebenar pada saya adalah persediaan diri, persiapan emosi, peningkatan kematangan, pemantapan ibadah dan usaha untuk mempersiapkan diri dalam hal kewangan. Itulah dia cinta sebelum berkahwin.

                Orang yang benar cinta akan pasangannya, akan mempersiapkan diri. Akan meletakkan target, bila hendak berkahwin. Orang yang benar cinta akan pasangannya, akan berta’aruf dan merapatkan diri dengan ayah dan ibu bakal isterinya.

                Veteran yang memahami makna cinta yang sebenar, akan berjaya membawa urusan perkahwinan anak-anaknya ke arah yang selamat dan diberkati oleh Allah SWT. Anak-anak mereka akan terdidik dengan cinta yang sebenar, lantas menjauhi cinta yang rosak dan palsu. Anak-anak mereka akan rasa indah dengan keluasan Islam dan rasa berpuas hati duduk di dalam agama yang menjaga serta memandu fitrah manusia.

                Remaja yang memahami makna cinta yang sebenar pula, tidak akan terburu-buru dalam urusan perasaan. Kerana hakikat cinta yang sebenar adalah ianya dipandu oleh keimanan. Maka tidaklah mudah dia meluahkan rasa cinta, tidaklah dia mudah hendak terjatuh hati di sini dan sana. Dan apabila dia jatuh cinta, dia akan mengambil jalan yang benar. Malunya bertempat, dan berpada-pada. Dia akan menyegerakannya, dan dalam penyegeraannya itu, dia berjaga-jaga.

                Untuk saya, inilah dia yang sepatutnya kita ada.

Penutup: Cinta Sebelum Kahwin, Ada. Halal. Dengan Definisi Saya.
Cinta sebelum kahwin itu ada. Halal. Dengan definisi saya.

                Cinta itu pada saya mahal, dan tinggi harganya. Cinta itu pada saya membina, dan mustahil merosakkan jiwa. Cinta menjadikan seseorang itu matang, berfikiran jauh, bertanggungjawab, dan berusaha mempersiapkan dirinya. Cinta itu pada saya suci, bersih dan membersihkan pula jiwa-jiwa yang menghargainya.

                Silap mendefinisikan cinta, kita akan bersalah kepada yang tidak sepatutnya.
                Kita akan menyukarkan mereka yang tidak sepatutnya kita sukarkan.
                Kita akan mempermudahkan mereka yang tidak sepatutnya kita permudahkan.
                Islam adalah agama yang bukan mengharamkan fitrah. Tetapi mengawalnya.

                Maka bagaimanakah cinta itu boleh dikatakan haram? Sedang cinta itu adalah antara fitrah yang utama. Sebelum berkahwin, selepas berkahwin. Halal. Tinggal bagaimana kita mendefinisikan cinta itu yang membezakan.

Maka yang sepatutnya kita lakukan adalah membersihkan cinta.
Bukan mengharamkannya. Mengharamkannya, hanya akan membawa kepada 1001 lagi kerosakan kepada masyarakat kita.


untuk penerangan lebih lanjut lagi bacelah juga artikel ini dari website Dr MAZA

Apakah Terlarang Bercinta Sebelum Kahwin?



*sumber:-Hilal Asyraf
              -Dr MAZA

*jangan cepat menjatuhkan sesuatu hukum tanpa berpandukan nas-nas yang sebenar dan pendapat orang yang lebih arif tentang perkara tersebut..

sekian..


Saturday, January 21, 2012

~aku menyesal~


dari tahun 1 ke tahun 6..
dari form 1 ke form 3..

dari form 4 ke form 5..
dari matrik hingglah kini UNIVERSITI..
inilah perjalanan hidupku sepanjang ku bergelar seorang penunutut ilmu..
5 tempat yang berbeza..
dari SK Che Latiff ke SIC..
dari SIC ke MRSM Kota Putra..
dari mrsm ke Kolej MARA Kulim..
dari kolej MARA Kulim ke Uitm Puncak Alam..
14 tahun semua ini telah berlalu,
dan kini hanya tinggal 2 tahun lebih sebelum aku melangkah ke alam pekerjaan,
14 tahun memang lama tp bile dipikirkn balik bagiku 14 tahun begitu singkat sekali..
begitulah dunia akhir zaman sekarang.mase bergerak laju sekali meninggalkan ku lemas dlm duniaku sendiri..
sepanjang 14 tahun ni banyak kenangan manis ataupun pahit telah kusimpan..
sesungguhnya zaman sekolah rendahku memang menyeronokkan..huhuhu..
tidak perlu pikir pasal assingment yg memeningkn kepala.apa yg aku tahu mase tu adalah 'main','main' dan 'main'..
zaman kecik..huhuhu

tetapi sayang sekali aku tidak pandai menghargai zaman sekolahku,banyak kenangan yg tidak ku kutip,banyak memori yang tidak sempat ku rakam..sesungguhnye aku betul2 menyesal..

tetapi zaman matrikku banyak menyedarkan aku tentang banyak perkara..dengan suasana islamik yg dihidupkan oleh kawan2 yg datang dri sekolah agama..aku terase ku turut kene tempiasnye.dengan suasana usrah dan ceramah yg aktif banyak mendidik dan mengajar diriku yang  kita menuntut ilmu bukan semata2 mengejar pointer,tetapi harus diimbangkan dengan benda mcm ni..mase time ni,aku memang rapat dengan kawan2 yg terlibat dengan bende2 dakwah mcm ni..smpai diriku terdidik tuk selalu pegi surau dan ceramah..
inilah matrikku..Kolej MARA Kulim

tetapi masaku disini begitu singkat skali...huhuhu..sampai sekarang ak masih rindukan zaman matrikku..rindukan budak2 dorm AKUR.ridukan kawan sepermainan.huhuhu..dan juga rindukan cikgu2 ku..
bersama cikgu mazian

bersama kawan2 sekuliah


pesan cikgu mazian akan ku sentiasa ingat..

Ingatlah,

Perjalanan anda masih jauh,

Banyak cabaran yang bakal ditempuh,

Oleh itu, kekuatan anda adalah paling utama.

Lakukan yang terbaik,

Menurut lunas agama dan undang-undang.

Dalam mengejar masa depan,

Carilah yang diredhai Allah.

Bukan wang ringgit yang utama,

Tetapi keredhaan dan keberkatan Allah

Adalah paling utama,

Untuk keredhaan Allah,

Pastikan restu ayah bonda diperolehi.

Dalam melakukan sesuatu,

Permudahkan orang lain,

Insyaalah Allah akan permudahkan kita

Buat dengan penuh keikhlasan

Dan terima sesuatu dengan penuh keikhlasan

Insyaalah diberkati

Terima kekurangan orang lain dengan seadanya

Syukur atas nikmat dan kelebihan yang tuhan anugerahkan

Doa saya sentiasa bersama anda

Selamat berjaya dalam peperiksaan nanti

Dan seterusnya selamat menempuh dunia

Yang lebih mencabar

Kejayaan anda adalah kejayaan saya juga

Renung dan fikirkan kata-kata ini

Carbon,

Bila menjadi arang,

Hitam legam tidak menarik,

Tetapi memanas membakar untuk semua

Bila menjadi grafit,

Licin mulus,

Berjasa untuk anak-anak

Bila menjadi intan,

Bercahaya, cantik dan disanjung

Mahal harganya dan tinggi nilainya

Kalau kita tak mampu untul menjadi seketul garam

Yang akan memasin dan mengawet seekor ikan

Janganlah kita menjadi seekor lalat

Yang akan membusukkan ikan tersebut

TERIMA KASIH....


sekian,

terima kasih...



Thursday, January 12, 2012

~aku bangga dengan dunia aku~


 sesungguhnya kehidupan ini memang memeritkan,

kadang-kadang terasa kehidupan ini memang tidak adil,
tetapi inilah lumrah kehidupan bagi seseorang yang tiggal di muka bumi Allah ini,
ku mengerti tiada yang senang dalam mengejar sebuah kesenangan,
dan hanya ada kesusahan yang perlu diredah dan dirasai agar diri ini mengerti
dan tidak leka dengan dalam kesenangan yang dimiliki,
diriku mengerti bahawa hidup ini tak sesusah orang lain kerana ada yang lagi susah dariku,
diriku juga mengerti hidup ini tak sesenang orang lain kerana ku tahu kesenangan akan datang selepas kesusahan,
apa yang ku tahu,
aku bangga dengan kehidupanku,
aku bangga dengan diriku,
kerana kesusahan ini mengajarku erti kedewasaan,
kerana keperitan ini mengajarku erti berdikari,
kerana semua ini inilah diriku hari ini,
namun kehidupan dihadapan masih berbatu dan berliku..
 dan diriku mengerti,

masih banyak yang perlu dipelajari,
masih banyak halangan yang perlu dihadapi,
namun ku juga mengerti,

KEJAYAAN sedang menanti dihadapan,
diringi dengan KESENANGAN dan KEBAHAGIAN...


dan aku akan sentiasa ingat....

 DIA akan sentiasa bersamaku...


sekian.......


Anda juga mungkin meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...