Tolong klik iklan ni ckit....hehehe..

Kawan-kawan saya

Saturday, July 16, 2011

~Jadilah Lelaki Beriman~



Jadilah seorang lelaki yang beriman, 
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah, 
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam, 

Yang sentiasa haus dengan ilmu, 
Yang sentiasa dahaga akan pahala, 
Yang solatnya adalah maruah dirinya, 
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar, 
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu, 
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah. 

Jadilah seorang lelaki, 
Yang menjaga tutur katanya, 
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya, 
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya, 
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang, 
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang. 

Jadilah seorang lelaki,
 Yang menghormati ibu bapanya, 
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga, 
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga, 
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam, 
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan, 
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki, 
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam, 
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah, 
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara, 
Yang menjaga matanya dari berbelanja, 
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya. 

Jadilah seorang lelaki, 
Yang tidak pernah membazirkan masa, 
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran, 
Suaranya lesu kerana penat berzikir, 
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan, 
Bangunnya Subuh penuh kecergasan, 
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan. 

Jadilah seorang lelaki, 
Yang sentiasa mengingati mati, 
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat, 
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga, 
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik, 
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian. 

Jadilah seorang lelaki, 
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia, 
Kerana dia mengimpikan syurga Allah. 


WAHAI KAUM ADAM SEKALIAN....


Bagaimanakah jika kita betul2 ingin menjdi seorang lelaki yang benar-benar beriman?????
sedangkn hti ini sudah ibarat 'air kopi' yang pekat.andaikata dimasukkn air kopi itu ke dlm sebiji gelas lutsinar dan dimasukkn pula gula sehinggakn tidk kelihatan gula trsebut..sesungguhnya pintu taubat itu sentiasa terbuka...
Bagaimana pula jika setiap hari kita melakukn solat sunat taubat dan setiap hari kita melakukan dosa yang sama????
sesungguhnya manusia itu tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan dosa...
TETAPI kita mampu 'melarikan' diri kita dari melakukan kesilpan dan dosa tersebut hanya dengan IMAN..sesungguhnya iman itu tidak kekal.adakalanya ia naik dan adakalanya ia turun.
Dan bagaimana pula cara nak memastikan iman kita sentiasa naik dan tidak akn turun...
"TEPUKLAH DADA KITA DAN TANYALAH IMAN KITA"
sesungguhnya hanya kita yang mampu menjawabnya..
WAALLAHUA'LAM....

No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...