Tolong klik iklan ni ckit....hehehe..

Kawan-kawan saya

Wednesday, September 07, 2011

~Manusia Yang Tak Bersyukur~

Assalamualaikum......



Kisah Cinta Sama Jenis Dari Negeri Utara



Inilah tajuk berita semalam..berita mengenai seorang lelaki yg disimbah asid. namun bukan cerita ini yg menyedihkan tetapi cerita mengenai teman 'wanita' lelaki ini yg menyedihkan..menyedihkan kerana 'wanita' itu bukanlah wanita yg tulen tetapi seorang lelaki yg tidak mensyukuri nikmat dilahirkan sebagai seorang lelaki..lebih menyedihkan lagi dia dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki tersebut..dengan erti kata lain mereka menjalinkan hubungan sejenis..(nauzubillah).apa jenis manusia ni???


 Demi untuk meneruskan hidup bersama lelaki yang dicintainya, ‘Natasha’, 28, mengambil keputusan untuk berpindah dengan teman lelakinya, Mohd Hafizuddin Johari, 20, ke tempat lain yang lebih selamat.
‘Natasya’ yang merupakan seorang pondan tinggal bersama Hafizuddin di Taman Seri Bakau, Kangar, Perlis di mana teman lelakinya itu dilaporkan telah disimbah asid yang menyebabkan hampir separuh tubuhnya melecur teruk.
“Saya berasa amat bersalah dan bimbang selepas teman saya menerima aib disimbah asid, oleh itu saya hendak pergi dari sini,” kata ‘Natasha’ yang dipetik dari akhbar Kosmo! di sini hari ini.
Sesungguhnya perbuatan mereka berdua ni amat dilaknati oleh Allah S.W.T..Mengikut kata-kata Pensyarah Jabatan Tahfiz Al-Quran dan Qiraat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Don Daniel Don Biyajid menegaskan bahawa golongan ‘dua alam’ itu tidak patut dibiarkan berleluasa dan tindakan tegas wajib diambil untuk mengatasi gejala songsang akhir zaman itu.

“Allah melaknat golongan tersebut, ‘laknatullahi minal mutashabihina wal mutashabihat’.. itu bukan saya yang kata..itu sabda Rasulullah.
“Tindakan tegas perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk mengatasi perkara ini dan kita perlu belajar dari apa yang pernah berlaku di negara sodom yang Allah musnahkan hingga terbentuk Laut Mati satu ketika dahulu,” katanya ketika dihubungi mynewshub.my di sini hari ini.
Don Daniel yang juga merupakan seorang pendakwah terkenal yang sering memberikan ceramah agama di seluruh negara turut memetik firman Allah di Surah Al-Sajadah, ayat 26, yang bermaksud:
“Dan belumkah lagi ternyata kepada mereka (yang kafir itu); Bahawa Kami telah binasakan berapa banyak dari kaum-kaum yang kufur ingkar dahulu daripada mereka, padahal mereka sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum itu? Sesungguhnya kebinasaan kaum-kaum itu mengandungi keterangan-keterangan (untuk diambil iktibar), oleh itu tidakkah mereka mahu mendengar (dan insaf)?”.
cuba kita renungkan kembali apa yg terjadi kepada kaum nabi Luth a.s selepas Allah s.w.t menurunkan bala iaitu dengan menterbalikkan bumi kota Sodom.ini semua disebabkan kerana mereka ingkar dengan suruhan Nabi Luth a.s supaya meningglkan perbuatan terkutuk mereka dan kembali taat dengan perintah Allah s.w.t.



Laut Mati
Ia adalah lambang kebesaran kerajaan Tuhan, juga sebagai tanda keadilan-Nya di dunia lagi agar manusia sentiasa mengagungkan dan membesarkan syariat-Nya.

Jika gejala seperti diatas di negara kita tidak dibendung,tidak mustahil negara kita juga akan ditimpa bala ataupun bencana seperti yg diterima oleh kaum nabi Luth ni..Sesungguhnya Allah s.w.t maha berkuasa...

Oleh itu,bersyukurlah dengan segala nikmat yang telah diberikan oleh Allah.aku bersyukur dilahirkan sebagai seorang lelaki..huhuhu..

*entri ni bertujuan utk memberi peringatan kepada diri sendiri dan juga kepada para pembaca semua..

*sumber


Yang Benar,



No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...