dari tahun 1 ke tahun 6..
dari form 1 ke form 3..
dari form 4 ke form 5..
dari matrik hingglah kini UNIVERSITI..
inilah perjalanan hidupku sepanjang ku bergelar seorang penunutut ilmu..
5 tempat yang berbeza..
dari SK Che Latiff ke SIC..
dari SIC ke MRSM Kota Putra..
dari mrsm ke Kolej MARA Kulim..
dari kolej MARA Kulim ke Uitm Puncak Alam..
14 tahun semua ini telah berlalu,
dan kini hanya tinggal 2 tahun lebih sebelum aku melangkah ke alam pekerjaan,
14 tahun memang lama tp bile dipikirkn balik bagiku 14 tahun begitu singkat sekali..
begitulah dunia akhir zaman sekarang.mase bergerak laju sekali meninggalkan ku lemas dlm duniaku sendiri..
sepanjang 14 tahun ni banyak kenangan manis ataupun pahit telah kusimpan..
sesungguhnya zaman sekolah rendahku memang menyeronokkan..huhuhu..
tidak perlu pikir pasal assingment yg memeningkn kepala.apa yg aku tahu mase tu adalah 'main','main' dan 'main'..
zaman kecik..huhuhu
tetapi sayang sekali aku tidak pandai menghargai zaman sekolahku,banyak kenangan yg tidak ku kutip,banyak memori yang tidak sempat ku rakam..sesungguhnye aku betul2 menyesal..
tetapi zaman matrikku banyak menyedarkan aku tentang banyak perkara..dengan suasana islamik yg dihidupkan oleh kawan2 yg datang dri sekolah agama..aku terase ku turut kene tempiasnye.dengan suasana usrah dan ceramah yg aktif banyak mendidik dan mengajar diriku yang kita menuntut ilmu bukan semata2 mengejar pointer,tetapi harus diimbangkan dengan benda mcm ni..mase time ni,aku memang rapat dengan kawan2 yg terlibat dengan bende2 dakwah mcm ni..smpai diriku terdidik tuk selalu pegi surau dan ceramah..
inilah matrikku..Kolej MARA Kulim
tetapi masaku disini begitu singkat skali...huhuhu..sampai sekarang ak masih rindukan zaman matrikku..rindukan budak2 dorm AKUR.ridukan kawan sepermainan.huhuhu..dan juga rindukan cikgu2 ku..
bersama cikgu mazian
bersama kawan2 sekuliah
pesan cikgu mazian akan ku sentiasa ingat..
Ingatlah,
Perjalanan anda masih jauh,
Banyak cabaran yang bakal ditempuh,
Oleh itu, kekuatan anda adalah paling utama.
Lakukan yang terbaik,
Menurut lunas agama dan undang-undang.
Dalam mengejar masa depan,
Carilah yang diredhai Allah.
Bukan wang ringgit yang utama,
Tetapi keredhaan dan keberkatan Allah
Adalah paling utama,
Untuk keredhaan Allah,
Pastikan restu ayah bonda diperolehi.
Dalam melakukan sesuatu,
Permudahkan orang lain,
Insyaalah Allah akan permudahkan kita
Buat dengan penuh keikhlasan
Dan terima sesuatu dengan penuh keikhlasan
Insyaalah diberkati
Terima kekurangan orang lain dengan seadanya
Syukur atas nikmat dan kelebihan yang tuhan anugerahkan
Doa saya sentiasa bersama anda
Selamat berjaya dalam peperiksaan nanti
Dan seterusnya selamat menempuh dunia
Yang lebih mencabar
Kejayaan anda adalah kejayaan saya juga
Renung dan fikirkan kata-kata ini
Carbon,
Bila menjadi arang,
Hitam legam tidak menarik,
Tetapi memanas membakar untuk semua
Bila menjadi grafit,
Licin mulus,
Berjasa untuk anak-anak
Bila menjadi intan,
Bercahaya, cantik dan disanjung
Mahal harganya dan tinggi nilainya
Kalau kita tak mampu untul menjadi seketul garam
Yang akan memasin dan mengawet seekor ikan
Janganlah kita menjadi seekor lalat
Yang akan membusukkan ikan tersebut
TERIMA KASIH....
sekian,
No comments:
Post a Comment