Tolong klik iklan ni ckit....hehehe..

Kawan-kawan saya

Tuesday, February 05, 2013

Aduhai Praktikal

assalam.....

aduhai praktikal... baru selesai 2 hari praktikal dekat kedai spek...nak cakap banyak belajar benda baru tak de la..kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain. Tetapi satu benda yang kurang enak didengari semasa praktikal ni..iaitu "money is the 1st priority". kebanyakan optometrist ataupun kedai cermin mata memang lebih mementingkan duit daripada memberi perkhidmatan penjagaan mata yang sebenarnya...mungkin ada alasan pelannggan yang datang tergesa-gesa hendak buat cermin mata. tetapi  alasan tersebut tidak boleh dijadikan halangan untuk memberi memberi perkhidmatan penjagaan mata yang sebenarnya.. Apakah ertinya kalau kita belajar bertahun-tahun dekat universiti tetapi alangkah ruginya kita kalau tak mempraktikkan ilmu yang kita belajar??mungkin aku ni senang bercakap..entah-entah aku pon sama bila bekerja..tetapi kebanyakan orang yang menuntut ilmu susah untuk mengaplikasikan dalam kehidupan hariannya...hmmmm moga-moga aku jauh dari limu yang tidak bermanfaat..bak kata pepatah arab...

"ILMU TANPA AMAL IBARAT POKOK TANPA BUAH"

     Bercerita pasal kedai yang aku praktikal sekarang ni.kedai ni tak ada la mempunyai alat yang mencukupi.dan tak semua assessment dibuat.kebanyakan "customer yang datang pun adalah "regular customer".huhu..aku bukan nak bersungut.tetapi optom selalu je tak ada kat kedai..macam mane la aku nak belajar dan memperbaiki skill aku ni..hmmm rasa-rasa tersalah pilih kedai je..huhu..tapi tak dapat dinafikan optom tu memang baik, sempoi dan senang nak bercakap.cuma dia ada anak kecil yang perlu dijaga.bila ada customer datang staff akan telefon dan dia akan datang lagipun rumah seberang jalan je..huhu..bila dengar kawan-kawan bercerita naik runsing pula aku ni..macam mereka dah banyak belajar benda baru..
tak apalah...sekurang-kurang aku ada gak belajar benda baru..

       Pengalaman tu ada di mana-mana. tak bermakna hanya di satu tempat. dan setiap tempat memberi pengalaman yang berbeza.. sebanyak mana pengalaman yang kita dapat bukan menjadi ukuran utama tetapi sebanyak mana pengalaman itu mampu mengubah diri kita itu yang penting..wallahua'lam

sekian.........



No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...