Tolong klik iklan ni ckit....hehehe..

Kawan-kawan saya

Saturday, February 02, 2013

Maulid Nabi..Adakah itu sunnah???

Assalamualaikum dan selamat malam...





Alhamdulillah dan syukur kepada Ilahi kerana aku masih diberi kesihatan yg baik walaupun mendapat selsema dan sedikit letih disebabkan hari ini adalah hari pertama aku praktikal..huhu.. Dan dikala hujan rahmat  turun membasahi bumi malam ini. Terdetik di hati ingin menulis satu tajuk iaitu berkenann "Maulid Nabi" lebih2 lagi kita baru melepasi tarikh 12 rabiu'awal.iaitu tarikh besar dalam islam iaitu kelahiran junjungan mulia nabi kita iaitu Muhammad S.A.W.. walaupun terdapat bnyk khilaf antara ulama2 mengenai tarikh sebenar kelahiran nabi di mana ade sesetngah pendapat yg mengatakn 9 rabiu'awal dan ada kata 12 rabiu'awal. tetapi itu tidak harus dijadikan perbalahan dalam memrperingati Nabi kita dan ajaran yang dibawa oleh baginda S.A.W.sebelum ini aku sempat menghadiri kuliah "Penghayatan As-sunnah" selama 3 hari berturut2 di Masjid As-syarif Meru,Klang dan selepas tu kuliah maghrib di Surau Al-Furqan,Fasa 2 Puncak Alam yg juga berkaitan tajuk yg sama..

   Tapi aku ingin timbulkan persoalan....
Adakah menyambut maulid nabi itu adalah sunnah ataupun sunat??
Adakah dengan menyambut maulid nabi ini bermakna menandakan kita menyayangi Rasulullah S.A.W??persoalan ini timbul apabila aku mendengr setiap kuliah yg disampaikan oleh penceramah2 yang berbeza tetapi masih lg dalam bersepakatan yg sama..

    Zaman sekarang masih ramai tak tahu apakah yg sebenarnya dimaksudkan dgn sunnah nabi yg sebenanye..termasuk la diri aku sndiri..huhu..jika sebelum ini orang berarakk sejauh berkilometer sambil berselawat ke atas nabi Muhammad S.A.W dan mengatakan mereka benar2 sayang dan cinta akan Rasulullah S.A.W dan mengatakan benda itu adalah sunat...itu adalah benar2 SALAH sama sekalii..kerana tidak ada dalil ataupon hadith sahih yg mengatakan bahawa menyambut maulid nabi itu adalah sunat..lebih takot lg terutama tahun ini yg dikatakan sambutan maulid nabi adalah paling meriah berbanding tahu2 sebelum ini.yg teruk lg sampai ada yg berarak menggunakan basikal ataupon motor. gerun tngok bila sambutan maulid ini diangkat ibarat sambutan merdekaa..dan ada jugak yg menyambut maulid nabi dikubur..Allahuakhbar..memang betul sambutan maulid itu tidak salah dan benda baik dan tak haram kerana tidak ada hadith yg melarang sambutan itu dibuat tetapi mengatakan benda itu sunnah itu yg salahh..tetapi sambutan itu haruslah mengikut panduan yg betul dan penganjur haruslah memastikan penghayatan tentang kehidupan Rasulullah S.A.W betul2 sampai kepada orang ramai.dan janganlah melampaui batas dlm menyambut maulid nabi ini kerana nabi sendiri melarang ummatnya berlebih-lebihan dlm memujinya..ini ada dinyatakn dalam hadith nabi..


“عَنْ عُبَيْدِاللهِ بْنِ عَبْدِاللهِ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ سَمِعَ عُمَرَ رَضِي اللهُ عَنْهُمْ يَقُولُ عَلَى الْمِنْبَرِ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لاَ تُطْرُونِي كَمَا أَطْرَتِ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ فَقُولُوا عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُهُ ”

Dari ‘Ubaidillah bin Abdillah dari Ibnu ‘Abbas, ia mendengar ‘Umar radhiyAllahu ‘anhu berkata di atas mimbar : Aku mendengar Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Janganlah kalian berlebih-lebihan dalam memujiku seperti orang-orang Nasrani berlebih-lebihan dalam memuji putra Maryam. Sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba Allah, maka katakanlah ‘Abdullah (hamba Allah) dan Rasul-Nya” (HR. Al-Bukhari)

dalam hadith lain menyatakan nabi Muhammad S.A.W juga bersabda


“إياكم والغلو، فإنما أهلك من كان قبلكم الغلو”

“Waspadalah dari kalian sikap berlebih-lebihan, karena sesungguhnya sikap berlebih-lebihan itulah yang telah membinasakan orang-orang sebelum kalian” (HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu majah dari Ibnu Abbas radhiyAllahu ‘anhu).


kedua-dua hadith ini jelas melarang ummat nabi Muhammad S.A.W berlebih-lebihan dalam memuji baginda..

teringat satu video dr youtube yg tersebar apabila seorang ustaz dijemput untuk memberi ceramah maulid nabi di sebuah kampung di Perak.tpi sayangnye ceramah ustaz tersebut dipulau dan disuruh berhenti apabila ustaz tersebut ada menegur cara sambutan tersebut..bg aku ustaz itu cuba membetulkan apa yg salah je.tpi itu la sesetengah orang melayu yg masih "low mentality" susah menerima kebenaran..malah kadang2 geram bila ade penceramah ingin membetulkan sesuatu contohnya mengenai sambutan maulid nii ada la kata2 cacian yg keluar dri mulut orng islam sndiri..yg pasti perkataan "Wahabbi" msti akan keluar..huhu..

tngok video ini dan nilai sndiri..bg aku ustaz ni xsalah tetapi bahasanya mgkin agak kasar sedikit tetapi itu adalah niat semata2 ingin memperbetulkan apa yg salah..dan jgn sesekali termakan dgn dakyah syiah yg begitu jelas yg mereka ini sesat dan ulama2 sedunia sudahpun sepakat yg ajaran syiah sudah terkeluar dari islam..



ustaz zaharuddin ada menyatakan antara selawat yg dianjurkan oleh nabi adalah "Selawat Ibrahimiyyah".perbnykkan selawat ini disamping selawat2 lain..tetapi jika kita meninggalkan selawat ini dan melebihkan selawat2 lain sesungguhnya kita dalah orng yang rugi..

Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda - (Hadis Riwayat Muslim.) 



   #akhir sekali jika aku menulis segala diatas ni bukan bermakna aku adalah orang yg tinggi ilmu dalam hal agama tetapi aku cuba menyampaikandan berkongsi ilmu apa yg aku dengar dari orang2 alim yang benar2 berilmu dan boleh dipercayai..harap ini mampu menjadi saham yg baik untuk aku di akhirat kelak..walaahua'lam.


sekian....


No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...